Tajuk: Sayyid Jamaluddin Al Afghani

mat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah Subhanahu wa ta’ala serta menentang penjajah. Di tengah – tengah kemunduran orang Islam dan gerakan kolonialisme bangsa Eropah Islam, Sayyid Jamaluddin menjadi tokoh yang amat berpengaruh dalam perkembangan permikiran dan tindakan sosial pada abad ke - 19 dan ke – 20. Beliau mengabdikan diri hanya untuk Allah dan mengembalikan maruah umat Islam sehingga ke akhir hayatnya.

PENDAHULUAN
Nama sebenar Sayyid Jamaluddin ialah As – Sayyid Jamaluddin bin Sayyid Safdar Al Afghani’ Kenapa beliau digelar As –Sayyid kerana keturunan beliau bersambung dengan Saidina Ali bin Talib (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51). Selain daripada nama Al – Afghani, beliau juga dikenalkan nama Asadabadi. (PT Intermasa, 1994:146)
Sayyid Jamaluddin lahir pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah. Tempat lahir beliau ialah di Asadabad di Afghanistan. Menurutnya, beliau lahir dari keluarga penganut mazhab hanafi. (PT Intermasa, 1994:298)
Beliau merupakan pemikir Islam, aktivitis Islam dan wartawan terkenal. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55). Sayyid Jamaluddin adalah seorang yang suka mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan. Sayyid Jamaluddin merupakan pelopor gerakan Islah. (PT Intermasa, 1994:298)
Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun. Jenazah Sayyid Jamaluddin al – afghani telah dikebumikan di Instabul. Atas pemintaan kerajaan Afghanistan, jenazah Sayyid Jamaluddin telah dibawa ke Afghanistan lewat tahun 1944. Jenazahnya telah dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mosoleum telah didirikan untuknya. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).

PENDIDIKAN
As – Sayyid Jamaluddin Al – Afghani amat mencintai ilmu pengetahuan. Sayyid Jamaluddin Al – Afghani telah mendapat pendidikan awal di kampungnya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51). Sejak dari kecil, beliau telah diajar mengaji Al – Quran, ilmu tafsir, ilmu hadis, usul – fiqah dan tasawuf serta falsafah. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; m/s 147)

Beliau telah menghafaz al – Quran ketika berusia 12 tahun. Sayyid Jamaluddin telah mempelajari beberapa ilmu displin seperti mantik, usuluddin, perubatan dan ilmu kalam ketika di Najaf. Selepas dari itu, Sayyid Safdar iaitu ayah al – Afghani telah menghantar beliau ke India untuk menambah lagi kematangannya dalam ilmu agama. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147)
Ketika menjangkau umur 18 tahun, beliau telah menguasai hampir semua cabang Islam termasuk falsafah, sejarah, metafizikal, kedoktoran, sains dan astrologi. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Apabila Sayyid Jamaluddin merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu moden seperti sains dan matematik. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 298)
PERJUANGAN
Sayyid Jamaluddin seorang yang pandai, berwibawa dan amat yakin dengan masa depan peradaban Islam cemerlang. Beliau amat memperjuangkan kebenaran dan menaikkan semangat perpaduan Islam untuk menentang penjajah. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Ketika berusia 30 tahun, beliau telah mengembara ke seluruh Negara Islam untuk meningkatkan revolusi dan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa Kristian ke atas umat Islam. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Sayyid Jamaluddin juga mengembara ke seluruh Negara Islam untuk menyebarkan fahaman Islam beliau.
Pada tahun 1869, beliau telah ke India dan cuba berjuang membangkitkan semangat nasionalisme dan membenci Inggeris dalam kalangan penduduk India. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 147). Pada tahun 1879, beliau telah turun ke dunia politik di Mesir. Tujuan beliau memasuki bidang politik untuk memperjuangkan pendidikan universal, kermerdekaan dan pemasukan unsur – unsur Mesir ke posisi – posisi militer. Selain itu, Sayyid Jamaluddin berusaha menanamkan kesedaran nasionalisme dalam diri – diri orang Mesir. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 298)

Sayyid Jamaluddin seorang yang petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh kerana beliau amat menekan kebenaran, beliau tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk berjuang membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenar. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).
Gerakan Islah yang telah dicetuskan oleh Sayyid Jamaluddin untuk mengubah pemikiran masyarakat Islam ke arah zaman kemajuan.
KARYA
Oleh kerana beliau seorang Sayyid Jamaludddin seorang wartawan yang amat terkenal, banyak karya beliau telah diterbitkan. Karya pertama beliau ialah ‘Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan’ semasa Sayyid Jamaluddin merantau ke India. Dalam banyak tulisan dan ceramahnya, beliau berjaya menemui landasan yang kukuh bagi pembaharuan kehidupan umat Islam sehingga pemikiran mereka menjadi lebih moden dan nasionalisme. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Pada tahun 1883 ketika berada di Eropah, beliau telah berjaya menerbitkan jurnal Arab iaitu al –Urwah al – Wuthqa. Di samping menerbitkan al –Urwah al – Wuthqa, beliau juga mengasaskan beberapa akhbar sepeti Mirs, at – Tijarah dan al – Khariqin. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 148).
Selain itu, Sayyid Jamaluddin banyak menerbitkan buku dan artikel di antaranya ialah ‘Perbahasan tentang Sesuatu yang Melemahkan Orang – Orang Islam’, ‘Tipu Muslihat Orientalis’, ‘Risalah untuk menjawab Golongan Kristian’;1895, ’Hilangnya Timur dan Barat’;1892, ‘Hakikat Manusia dan Hakikat Tanah Air’;1878 dan ‘ar – Radd’Ala al- Dahriyin’. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 300)
Sayyid Jamaluddin telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya antaranya al – A’mal al –Kamilah, Tutimmah al – al – Bayaan fi Tarikh Afghan, al – Khatirat, at – Tukayyufat ‘ala Syarh ad – Dawani lil Uqatir al –Adhuidiyah. (Ustazah Fatimah binti Daud, 2007:51).

SUMBANGAN
Pada tahun 1869, Sayyid Jamaluddin ke India untuk cuba membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk India. Akhirnya, sumbangan beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan membenci Inggeris dalam kalangan penduduk India.
Pada tahun 1876, beliau telah turun ke dunia politik di Mesir untuk memperjuangkan pendidikan universal, kermerdekaan dan pemasukan unsur – unsur Mesir ke posisi – posisi militer serta berusaha menanamkan kesedaran nasionalisme dalam diri – diri orang Mesir. Sumbangan beliau selama berada di Mesir telah memberi pengaruh yang besar bagi umat Islam di sana.
Sayyid Jamaluddin yang membangkitkan gerakan berfikir di Mesir sehingga negara itu dapat mencapai kemajuan dan menjadi Negara yang moden. Sumbangan Sayyid Jamaluddin juga telah menaikkan semangat revolusi menentang penjajahan yang akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya.
Selain itu, beliau telah menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah Subhanahu wa ta’ala serta membetulkan penyelewengan terhadap Al – Quran dan Al – Hadis.
Pencetusan Gerakan Islah oleh Sayyid Jamaluddin pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Negara – Negara Islam khususnya di Tanah Melayu. Pelajar – pelajar yang menuntut di Universiti al – Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin dan mereka membawanya sekembali mereka ke tanah air.

KESIMPULAN
Di tengah – tengah kemunduran orang Islam dan gerakan kolonialisme bangsa Eropah Islam, Sayyid Jamaluddin menjadi tokoh yang amat berpengaruh dalam perkembangan permikiran dan tindakan sosial pada abad ke - 19 dan ke – 20. Ada tiga faktor yang menjadikan beliau amat berpengaruh dalam dunia Islam. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Pertama, beliau adalah pencetus gagasan revolusi, nasionalisme dan modernism Islam. Kedua, beliau seorang pemidato yang berkarisma. Ketiganya ialah beliau sering berkunjung ke negara –negara Islam terutamanya India dan Mesir bagi membolehkannya menyebarluaskan gagasan. Kebencian Sayyid Jamaluddin terhadap kolonialisme menjadikan pencetus dan orang mempengaruhi fahaman serta gerakan nasionalisme dan pan – Islamisme yang gigih, baik melalui ceramah dan tulisannya. (ERA visi Publication Sdn. Bhd, 2003; 55).
Sayyid Jamaluddin ingin melihat umatnya kuat, dinamik dan maju. Jalan keluar yang ditunjukkannya untuk mengatasi keadaan ini ialah melenyapkan pengertian yang salah yang dianuti umat Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. (PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2004; 300). Beliau mengabdikan diri hanya untuk Allah dan mengembalikan maruah umat Islam sehingga ke akhir hayatnya. (Anzagain Sdn Bhd, 1998; 148)



************************
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com