Tajuk: Salahuddin Al-Ayubi

Sinopsis
Salahuddin al-ayubi adalah pemerintah dan panglima kaum muslimin. Salahuddin al-ayubi ini adalah panglima utama di antara panglima-panglima Sultan Nuruddin. Kemudian Salahuddin memegang pemerintahan di Mesir atas nama Nuruddin dan selepas itu, ia menjadi sultan di Mesir menggantikan Sultan Nuruddin. Selepas Nuruddin talah meninggal dunia, terbukalah pintu bagi Salahuddin untuk mengambil alih dan berkuasa diseluruh pemerintahan kedua pemimpin yang telah mangkat itu. Sesudah peperangan Salib yang kedua, berlalu didalamnya suatu masa yang hening. Eropah tiada membuat apa-apa gerakan terhadap kaum muslimin. Dan dalam ketika itu juga, berlakulah suatu kejadian yang paling besar dalam sejarah peperangan Salib iatu munculnya Salahuddin al-ayubi dalam arena gerakan kaum muslimin. Sementara kekuatan Islam semakin kukuh dengan adanya pahlawan ini, kekuatan Masehi pula semakin merosot. Sesungguhnya Salahuddin amat arif akan tujuan-tujuan peperangannya dan pintar sekali dalam menggariskan tempat-tempat dimana tujuan-tujuan itu harus diletakkan. Sebenarnya peperangan Salahuddin melawan kaum-kaum Salib itu telah meletakkan dirinya ditempat Raja-raja Timur yang termasyhur di Eropah. Dalam kenangan-kenangan Timur pula, nama Salahuddin masih tetap hidup kekal di samping nama-nama khalifah dan sultan yang besar-besar sebagai token untuk masanya yang dikira segemilang-gemilang dalam sejarah. Dan tiada syak lagi bahawa sangat sedikit sekali dari pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang dapat menandinginya dari segi kebersihan, usahanya dari mencari apa-apa kepentingan untuk diri sendiri, dan segi ketekunannya dalam mengkhidmatkandiri untuk maslahat kerajaannya dan rakyat umum dan tiada lain. Dan tiada jalan lagi bagi musuh-musuhnya sendiri, melainkan memberikan pengakuan baginya tentang sifat budi pekerti yang mulia dan kebijaksanaan dalam perlakuannya terhadap musuh-musuhnya yang tewas. Bukan ini saja, bahkan disamping itu Salahuddin selalu menjadi penggalak utama kepada usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan. 

Pendahuluan
Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada tahun 1137 Masehi. Ia mendapat latihan awal dari ayahnya yang termasyhur. Salahuddin al-ayubi adalah pemerintah dan panglima kaum Muslimin. Salahuddin al-ayubi ini adalah panglima-panglima Sultan Nuruddin. Kemudian Salahuddin memegang pemerintahan di Mesir menggantikan Sultan Nuruddin. Selepas Nuruddin telah meninggal dunia, terbukalah pintu bagi Salahuddin untuk mengambil alih dan berkuasa di seluruh pemerintahan kedua pemimpin yang telah mangkat itu. Selain itu, Salahuddin yang bekerja keras untuk menggabungkan beberapa daerah-daerah lain yang belum pernah tunduk ke bawah kuasa Nuruddin kepada pemerintahannya. Selepas itu, dengan berkuasanya Salahuddin keatas kerajaan-kerajaan itu, maka berpindahlah pusat pergerakan lawan tentera salib itu dari Utara ke Selatan dan Mesir pun menjadi markas utama bagi gerakan-gerakan Islam menentang tentera itu. Salahuddin al-ayubi juga telah menggabungkan ke dalam kekuasaannyayang besar itu, negeri-negeri an-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz. Salahuddin, sesudah itu menumpukan perhatiannya kepada tentera penyerang, beliau lalu menimpakan segala tenaga dan kekuatannya ke atas mereka. Salahuddin telah berjaya menghancurkan askar-askar Normandy itu dalam masa yang singkat. Beliau telah menakluki Tripoli (Libya) dan Tunis hingga ke bandar Qabis pada tahun 568H. Setelah itu, baru beliau mengarahkan tenteranya menuju kepada jihad yang lebih besar, iaitu melawan tentera salib. Salahuddin al-Ayubi, pahlawan ratusan pertempuran adalah orang selama 20 tahun menentang tiap pasukan Perang Salib dan akhirnya berhasil mendesak pasukan gabungan Eropah yang datang untuk menduduki Tanah Suci berundur. Dunia hampir tidak menyaksikan lagi seorang penakluk yang lebih kesatria dan lebih penyayang setelah dia. Perang Salib merupakan perang yang paling ganas dalam sejarah umat manusia. 
Sesudah peperangan salib yang kedua, berlalu didalamnya suatu masa yang hening. Eropah tidak membuat apa-apa gerakan terhadap kaum Muslimin. Dan dalam ketika itu juga, berlakulah suatu kejadian yang paling besar dalam sejarah peperangan salib iaitu munculnya Salahuddin al-Ayubi dalam arena kaum Muslimin. Sementara kekuatan meliter Islam semakin kukuh dengan adanya pahlawan ini, kekuatan meliter Masehi pula semakin merosot. Sesungguhnya Salahuddin amat arif akan tujuan-tujuan peperangannya dan pintar sekali dalam menggariskan tempat-tempat dimana tujuan itu harus diletakkan. 

Beliau juga dari golongan orang yang memelihara ilmu pengetahuan, menjadi contoh yang baik dalam menepati janji, keberanian dan murah hati. Dalam permulaan kekuasaannya, banyak halangan yang harus dihadapinya. Oleh itu, maka siasahnya pertama yang mahu dilaksanakannya itu ialah membuat perdamaian dengan kaum salib. Kaum Salib telah menyambut tawaran itu dengan sikap sombong dan semangat membesarkan diri. Setelah perdamaian ini terlaksana, kerap kali mereka mengkhianati perjanjian damai antara mereka dan Salahuddin. 
Pelanggaran mereka yang pertama adalah sangat hebat dan keras sekali. Mereka cuba menawan bandar-bandar Ba’albak dan damsyiq. Mereka berjaya mengalahkan tentera Salahuddin serta menawan ketuanya. Sebagai tindakan balas, Salahudin segera mengirimkan bantuan dari Mesir kepada tenteranya di Palestin. Tetapi, Raja Baitul Maqdis telah mengadang bala bantuan itu di ar-Ramlah dan berlakulah suatu pertempuran sengit di mana tentera salahuddin telah tewas sekali lagi. Kemudian Salahuddin segera kembali semula ke Mesir untuk menghadapi suatu peperangan baru. Salahuddin berjaya mengadakan suatu bala tentera baru yang lengkap dengan alat-alat perlengkapan perang dan makanan yang cukup. 

Tentera yang di pimpin oleh Salahuddin sendiri, telah mengepung benteng Yaakub di lapangan Banyas. Benteng ini di kira salah satu benteng yang terkukuh sekali di antara benteng-benteng orang-orang Latin itu. Pengepungannya telah menahan bantuan supaya tidak sampai kepada tentera Latin yang sedang berperang itu. Kemudian satu tentera yang lain yang di pimpin oleh Farukh Syah (anak saudara Salahuddin) telah berjaya mengalahkan tentera Latin itu. Seterusnya Salahuddin mengirim pula tenteranya yang lain untuk menentang tentera Latin di Beirut dan Saida. Pengepungan Salahuddin terhadap benteng Yaakub semakin diperketatkan sehingga tiada terdapat jalan lain lagi, melainkan menyerah diri. Ketika itu, orang-orang Latin memohon perdamaian sekali lagi. 

Pemerintah Salib di Karak telah mengkhianati perdamaiannya dengan Salahuddin. Tentera Salib mula melakukan serangan ke atas kaum muslimin, terutama sekali pemimpinnya, Raynald. Beliau telah memencilkan sebuah angkatan laut, lalu menyerang para haji muslimin. Kemudian beliau meneruskan serangannya ke atas kalifah-kalifah yang sedang dalam pelayaran, harta bendanya dirampas dan orang-orangnya ditawan. Pertempuran di Hittin ini terkira antara peperangan yang termasyhur sekali dalam sejarah dunia. Kaum Muslimin telah berjaya menghapuskan seluruh tentera ini, setengah mereka mati dan setengah yang lain pula ditawan. Kedua-dua Raja Baitul Maqdis dan Raynald termasuk sekali dalam tawanan kaum Muslimin. 
Pertempuran di Hittin merupakan suatu pertempuran yang benar-benar telah menghapuskan kekuatan kaum salib. Demikian pula dari kesan-kesan pertempuran ini bahawa nama Salahuddin menjadi sangat ditakuti orang. Seolah-olahnya nama itu ada membawa pengertian maut yang segera bagi kaum salib. Akhir sekali beliau menuju pula ke Baitul Maqdis untuk memahkotakan kemenangan-kemenangannya dengan penaklukan kota itu. Mula-mulanya Salahuddin ingin memasuki kota itu secara damai disebabkan kedudukan kerohanian dan kesucian kata itu dalam pandangan kaum muslimin dan supaya kota itu terselamat dari bencana kerosakan perang, andainya nanti berlaku peperangan di dalamnya. 
Akan tetapi kota al-Qudus itu kini merupakan benteng-benteng kaum Latin yang paling kukuh sekali. Tambahan pula, ketua kota ar-Ramlah (Palian De Ibaline) telah jatuh ke dalam tawanan Salahuddin, bila bandar itu ditakluki. Dan keluarganya pula berada dalam benteng-benteng al-Qudus itu. Palian lalu meminta pergi ke al-Qudus untuk membawa kembali keluarganya. Beliau bersumpah akan menepati janjinya untuk kembali semula. Apabila Palian tiba di al-Qudus, beliau telah disambut secara besar-besaran oleh askar-askar Latin. Orang-orang Latin itu lalu menggalakkan Palian supaya memungkiri janjinya dengan Salahuddin dan akhirnya Palian bersetuju. Maka kota al-Qudus pun terdedah untuk serangan-serangan kaum muslimin. 

Salahuddin pun mula mengepung kota al-Qudus, dan beliau memilih bukit Zaitun sebagai markas tenteranya. Beliau memerintahkan manjanik-manjanik ditempatkan diatas bukit itu. Ketika itulah tentera muslimin mula maju ke haluan pagar-pagar itu tanpa mempedulikan hujan panah antara pihak-pihak yang menyerang dan bertahan itu. Akhirnya orang-orang latin itu yakinlah bahawa kemenangan kali itu memihak kepada kaum muslimin. Oleh itu mereka cenderung sekali lagi untuk berdamai. Kedua pihak bersetuju agar orang-orang latin itu keluar meninggalkan kota al-Qudus itu dengan jaminan keamanan dari kaum muslimin dalam masa 40 hari. Kaum muslimin telah berdiri dengan janjinya dan sanggup melupakan darah-darah yang telah mengalir serta jiwa-jiwa yang telah berkorban. 

Adalah diberitakan bahawa sekumpulan dari perempuan-perempuan bangsawan dan puteri-puteri raja yang telah memohon kepada Salahuddin katanya: ” Wahai Sultan ! Tuanku telah bermurah hati memberikan kami peluang untuk hidup. Akan tetapi, bagaimanakah dapat kami hidup, padahal suami-suami kami dan putera kami berada dalam tawanan Tuanku? Kiranya kami meninggalkan negeri ini buat selama-lamanya, maka siapakah yang akan melindungi kami dan berusaha untuk kehidupan kami? Wahai Sultan yang budiman ! Kembalikanlah suami dan putera-putera kami kepada kami, kerana kiranya ini tidak Tuanku laksanakan, beerti Tuanku telah menyerahkan kami kepada keaiban dan kelaparan. ”

Mendengar itu, Salahuddin merasa kasihan terhadap mereka itu. Beliau lalu kembalikan kepada mereka suami dan putera-putera mereka. Sikap ini telah menambahkan lagi darjat kedudukan Salahuddin dan ketinggian peribadinya. Stanley Lane Poole berkata ; bahawasanya kebanyakan dari orang-orang Latin yang lari kerana benteng-benteng dan negeri mereka tertawan, telah meminta perlindungan di kota-kota lain yang masih lagi dibawah kekuasaan bangsa-bangsa mereka, tetapi kota-kota itu telah menutupi pintu-pintunya. Setengah daripada mereka lalu melarikan diri menyeberangi laut menuju ke Eropah, dan lebih banyak lagi yang menyerahkan nasib untuk hidup dibawah naungan pemerintahan Islam. 
Adapun tentang orang-orang Masehi Arab, mereka ini telah kembali semula hidup dalam pemerintahan Salahuddin serta mengecap kehidupan bebas yang telah dijamin untuk mereka oleh pemerintah Islam. Dan kembalilah Baitul Maqdis ke dalam pangkuan Islam semula. Suara azan pun mula berkumandang semula dalam Masjid al-Aqsa, manakala loceng Gereja Masehi berhenti berbunyi. Dan orang-orang Salahuddin lalu menurunkan Salib emas dari atas Kubbah Sakhrah (The Ailing Stone). Dengan kejatuhan Baitul Maqdis ke dalam tangan kaum Muslimin, maka kembalilah keadaannya kepada masa sebelum kota itu menempuh peperangan Salib. 

Sesungguhnya Baitul Maqdis itu merupakan tujuan utama yang dikejar oleh orang barat untuk penaklukannya. Sekarang Baitul Maqdis telah kembali semula ke dalam kekuasaan kaum Muslimin dan pertempuran-pertempuran baru pun timbullah sekali lagi. Di dalam Perang Salib ketiga orang-orang yang mengambil peranan dalam kepemimpinan Perang Salib ini adalah Raja-Raja yang terkenal iaitu Frederick Barbarossa, emperor Jerman, dan Richard Hati Singa, Raja Inggeris dan juga Philip Augustus, Raja Perancis. Antara ketiga-ketiga Raja ini, Frederick merupakan pemimpin yang paling cergas dan bersemangat dalam urusan peperangan ini. Beliau telah memilih jalan darat menuju ke medan perang. Akan tetapi malangnya, beliau telah tenggelam ketika menyeberangi sebatang sungai dekat Armenia, tidak jauh dari Raha. 
Maka tentera yang dipimpinnya pun mengambil kesempatan ini untuk kembali semula ke negeri masing-masing. Manakala kedua-dua tentera dari Inggeris dan Perancis telah datang dari Eropah melalui jalan laut dan bertemu di Saqliah. Dalam masa pertemuan mereka, bibit-bibit perselihan faham mula timbul di antara mereka. Akhirnya mereka menuju ke haluan masing-masing. Richard menuju ke Cyprus dimana beliau dapat menaklukinya ketika dalam perjalanannya ke arah palestin. Manakala Philip telah menuju terus ke Palestin, dimana beliau mengepung Akka dengan bantuan askar-askar Frederick. Turut ikut serta dalam pengepungan ini ialah orang-orang Latin yang pernah bersumpah dihadapan Salahuddin tidak akan kembali mengangkat senjata untuk menentang beliau. 

Salahuddin bergerak dengan tenteranya menuju ke medan pertempuran dan pertimbangan kemenangan berpihak kepada beliau. Manakala tentera Salib pun segera meminta bantuan daripada Richard. Sesungguhnya pertempuran di Akka itu menyaksikan sehebat-hebat serangan dari kaum Salib terhadap kaum muslimin dan sehebat-hebat pertahanan dari pahlawan Salahuddin. Kaum Muslimin telah menunjukkan bermacam-macam pengorbanan dan kepahlawanan mereka. Kemudian pertimbangan kemenangan Barat pula ke pihak kaum Salib. Kota Akka kemudian menyerah kalah setelah dikemukakan beberapa syarat olehnya. 

Syarat yang terpenting sekali ialah kaum Salib tidak akan menganiayai orang-orang yang bertahan disitu setelah dikenakan bayaran tebusan yang besar. Apabila kaum Muslimin terlewat membayar tebusan-tebusan yang dijanjikan itu, maka kaum-kaum Kristian itu pun menjalankan pembunuhan besar-besaran keatas tawanan-tawanan mereka. Perlakuan ini jelas membuktikan bahawa cara-cara bertindak orang-orang Eropah itu tetap sama. Kejatuhan Akka tidak cukup untuk meletakkan kedudukan orang kristian di Palestin dan mereka tidak punya kuasa lagi untuk membuat beberapa penaklukan yang baru. Raja Inggeris mula merasa bimbang atas kerajaannya yang jauh itu, Maka berlakulah perutusan antara kedua-dua belah pihak Richard telah berutus kepada Salahuddin, katanya: “ Sesungguhnya kaum Muslimin dan orang Latin telah banyak yang binasa, sementara rumah-rumah mereka banyak yang musnah. Dan banyak jugalah harta dan nyawa yang telah terkorban. Dan tiadalah ada perbicaraan lagi selain di kota al-Qudus dan Salib saja. Al-Qudus adalah tempat beribadat kami yang tak akan kami mengalah kerananya sampai bila-bila masa pun. Manakala Salib pula, pada anggapan tuan tiada lain melainkan sebatang kayu yang tak punya apa-apa harga. Tetapi pada kami, dia adalah sangat-sangat dimuliakan. Tidakkah boleh Sultan menganugerahkan untuk kami dan kita pun sama-sama akan terlepas dari kepayahan ini. ”
Maka dijawab oleh Salahuddin, bunyinya : ” Al-Qudus itu untuk kami dan juga untuk kamu. Sesungguhnya ia tempat pengisraan Nabi kami dan perkumpulan para mailakat. Oleh itu tak masuk akal bahawa kami akan beralah kerananya. Adapun negeri ini, dia adalah negeri dan penaklukan tuan-tuan keatasnya adalah sementara saja disebabkan kelemahan keadaan kaum Muslimin. Dan adapun Salib itu, pada kami penghancurannya adalah suatu kebajikan yang besar yang tidak boleh kami lalaikan melainkan jika ada sesuatu maslahat yang lebih penting dari itu. ”

Perutusan itu berjalan selama beberapa masa yang panjang, sehingga akhirnya menghasilkan perjanjian damai ar-Ramlah pada Tasyrin Thani (November) 1192, dimana perjanjian itu menentukan sebidang tanah yang kecil untuk orang-orang Kristian di pantai yang berdekatan dengan Akka memanjang dari Sur hingga ke Haifa. Salahuddin tetap memelihara tempat-tempat yang ditaklukinya itu di Ludd, ar-Ramlah dan Asqalan, sebagaimana beliau menjaga keamanan seluruh negeri yang berada dalam kekuasaannya. Dan dengan itu selesailah peperangan Salib yang ketiga. Tidak berapa lama sesudah tercapainya perdamaian ini, Salahuddin pun mangkat dan umurnya ketika itu 55 tahun. 

Kesimpulan
“Sebenarnya peperangan Salahuddin melawan kaum-kaum Salib itu telah meletakkan dirinya di tempat Raja-Raja Timur yang termasyhur di Eropah. Dalam kenangan-kenangan Timur pula, nama Salahuddin masih tetap hidup kekal di samping nama-nama khalifah dan sultan yang besar-besar sebagai token untuk masanya yang dikira segemilang-gemilang dalam sejarah. Dan tiada syak lagi bahawa sangat sedikit sekali dari pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang dapat menandinginya dari segi kebersihan, usahanya dari mencari apa-apa kepentingan untuk diri sendiri, dan dari segi ketekunannya dalam mengkhidmatkan diri untuk maslahat kerajaannya dan rakyat umum. Dan tiada jalan lain bagi musuh-musuhnya sendiri, melainkan memberikan pengakuan baginya tentang sifat budi pekerti yang mulia dan kebijaksanaan dalam perlakuannya terhadap musuh-musuhnya yang tewas. Bukan ini saja, bahkan disamping itu Salahuddin selalu menjadi penggalak utama kepada usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan. Dan telah hidup dalam penampungannya sebilangan dari ulama-ulama yang pilihan, umpama Ibnul Imad al-Isfahani yang telah mencatitkan sejarah bagi penaklukan Baitul Maqdis, dan juga a- Qadhi Bahauddin bin Syaddad yang telah menulis sejarah Sejarah Salahuddin sendiri dan juga seperti al-Qadhi al-Fadhil. Sesungguhnya beliau adalah seorang pemimpin yang ulung, telah terkumpul dalam dirinya segala cita-cita besar yang sering bermain-main dalam impian orang-orang Arab dan Muslimin, dan beliau telah berjaya melahirkan sekaligus segala cita-cita itu atas nama kaum Arab dan Muslimin. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com