Tajuk: Saidina Abu Bakar: Riwayat Hidup dan Sumbangan

Oleh : Siti Syakirah binti Sazali

Abstrak
Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah sejak kecil lagi. Beliau terkenal dengan sifat yang cerdas, jujur, dan sabar. Saidina Abu Bakar telah menyumbangkan keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga merupakan orang yang terawal memeluk Islam. Saidina Abu Bakar adalah orang yang telah menemani Nabi Muhammad s. a. w dalam peristiwa penghijrahan. Selain itu, Saidina Abu Bakar telah mendapat gelaran As-Siddiq kerana beliau telah membenarkan perkara Isra’ dan Mikraj di mana pada ketika itu semua orang Arab mendustakan peristiwa itu. Rasulullah juga pernah menyanjungi Saidina Abu Bakar dengan berkata jika ditimbang berat iman antara kamu semua dan Abu Bakar, nescaya iman Saidina Abu Bakar jauh lebih berat daripada iman umat-umat yang lain. Selepas kewafatan Rasulullah, telah berlaku beberapa peristiwa. Peristiwa pertama berlaku ialah dimana tatkala semua umat Islam sedang sibuk menguruskan jenazah Rasulullah, pihak Ansar telah berkumpul dibalai Bani Sa’idah dan telah memilih Sa’dubni menjadi khalifah. Berita ini diketahui oleh Saidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan Muhajirin. Mereka kemudiaanya telah pergi ke balai Bani Sa’idah dan memberitahu bahawa pelantikan khalifah ini tidak mendapat persetujuan semua pihak, yakni hanya dari pada pihak Ansar sahaja bukan Muhajirin. Basyir bin Saad kemudiaanya telah berdiri dan meminta Saidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu telah membaiat Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Setelah itu, kesemua orang, iaitu dari pihak Ansar dan Muhajirin bersetuju. Maka sejak dari itu, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah yang pertama. Sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar, beliau telah menyumbangkan pelbagai sumbangan. Antaranya ialah, beliau telah meneruskan penghantaran Usama bin Zaid dimana penghantaran itu terhenti sewaktu kewafatan Rasulullah. Walaupun mendapat tentangan, Saidina Abu Bakar tetap meneruskan juga penghantaran itu, dimana beliau menghantar Usama bin Zaid sendiri dengan berjalan kaki, walaupun Usama bin Zaid pada waktu itu menunggang kuda. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga telah memerangi golongan ar-Riddah, dimana terdapat golongan yang murtad, golongan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga telah mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang telah dikemukakan oleh Saidina Umar al-Khattab. Ini adalah kerana ramai penghafaz al-Quran yang telah mati syahid semasa memerangi golongan ar-Riddah. 


Pendahuluan
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang sahabat Rasulullah. Beliau telah menjadi sahabat Rasulullah sejak kecil lagi. Beliau lahir pada 573M iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau adalah daripada golongan Bani Taiyim iaitu salah satu suku yang melahirkan orang yang besar-besar. Pada zaman kanak-kanaknya, beliau, dikatakan seorang yang cerdas, jujur dan seorang kanak-kanak yang penuh dengan kesabaran. Oleh kerana sifatnya ini, beliau sangat disenangi dan disegani oleh masyarakat sekitar. Tidak seperti pembesar Quraisy yang lain, beliau, sejak sebelum memeluk Islam lagi tidak pernah meminum arak. Saidina Abu Bakar telah memeluk Islam sewaktu beliau pulang dari Yaman, setelah berjumpa dengan seorang tua yang telah mengirimkan seuntai syair kepada beliau. Tatkala beliau sampai di Mekah, pemuda-pemuda di situ bergegas untuk memberitahu tentang Nabi Muhammad s. a. w yang telah mengaku dirinya sebagai Pesuruh Allah. Abu Bakar kemudiaannya telah berjumpa dengan Rasulullah itu sendiri dan bertanya tentang itu. Abu Bakar telah menanyakan bukti tentang pengakuan Nabi itu lalu dijawapnya oleh Rasulullah tentang orang tua yang telah dijumpai oleh Abu Bakar di Yaman yang telah mengirimkan untain syair kepada Abu Bakar. Setelah itu, Saidina Abu Bakar telah memeluk Islam. Selepas memeluk Islam, Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya ke jalan Allah. Dikatakan pada satu hari Rasulullah telah berkata kepada seluruh orang Muslimin supaya membelanjakan harta ke jalan Allah, lalu Abu Bakar telah menyerahkan keseluruhan hartanya kepada Rasulullah. Maka ditanya oleh Baginda, tentang harta yang tinggal untuk anak dan isteri Abu Bakar. Maka Abu Bakar berkata sambil tersenyum, dia telah meninggalkan Allah dan RasulNya untuk isteri dan anaknya di rumah. Saidina Abu Bakar juga merupakah orang yang sangat berjasa, iaitu beliau telah menemani Nabi Muhammad s. a. w sewaktu peristiwa penghijrahan. Sewaktu bersembunyi di Gua Thur, Abu Bakar merupakan orang yang pertama masuk ke dalam gua itu dan disebabkan bimbang akan kemungkinan ada serangga yang akan menyakiti Baginda Rasulullah, beliau telah menutupi semua lubang yang dijumpai dengan kain serbannya. Dikatakan juga, sewaktu Baginda Rasulullah sedang tidur dipahanya, beliau ternampak seekor ular keluar dari satu lubang dan beliau telah menutup lubang itu dengan kakinya. Akibatnya, beliau telah dipatuk oleh ular tersebut. Beliau menahan sakit sehinggakan beliau menangis. Tangisan beliau itu akhirnya jatuh ke atas Rasulullah dan menyebabkan Baginda tersedar. 

Abu Bakar As-Siddiq merupakah khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s. a. w. Nama sebenar beliau adalah Abu Bakar bin Abu Quhafah, atau juga dikenali sebelum zaman Islamnya sebagai Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah). Tetapi, selepas pengislamannya, beliau telah menukar namanya kepada Abdullah. Namun yang demikian, setelah itu beliau digelar Abu Bakar (iaitu yang bermaksud unta muda pada bahasa arab), kerana beliau amat gemar untuk menternak unta. Ada juga yang telah mengatakan pada awalnya, beliau dikenali dengan nama Atiq yang bermaksud dibebaskan. Ini adalah kerana, ada yang mengatakan bahawa, dari pihak ibunya, tidak memperolehi seorang anak pun yang hidup. Beliau dilahirkan beberapa tahun lebih lewat daripada Nabi Muhammad s. a. w, iaitu pada tahun 573M. Beliau berusia 2 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad s. a. w. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang saudagar yang tersangat kaya berketurunan daripada keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Beliau dikatakan lahir dalam suku yang banyak melahirkan orang-orang besar, iaitu dari suku Taim disebelah bapanya, dan dari suku Quraisy iaitu dari suku ibunya. Suku-suku ini dikatakan adalah suku-suku terhormat. Beliau telah menerima gelaran “As-Siddiq” iaitu yang membenarkan, apabila beliau telah membenarkan segala apa yang diperkatakan oleh Rasulullah tentang Isra’ dan Mikraj. 
Sewaktu kecil, beliau dikenali sebagai anak yang cerdas dan sabar. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang kanak-kanak
Saidina Abu Bakar ketika menceritakan satu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas’ud: “Aku pernah mengunjungi seorang tua di negera Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan banyak mengajar munid. ”
Dia berkata kepadaku:
“Aku kira tuan datang dari Tanah Haram?”
Aku menjawap: “Benar. ”
Dia berkata lagi kepadaku: “Aku kira tuan berbangsa Quraisy”
Ujarku lagi: “Benar. ”
Orang tua itu berkata lagi: “Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim. ”
“Benarlah begitu, ” ujarku lagi. 
Orang tua itu menyambung lagi: “Ada satu lagi yang ingin aku tanyakan kepada tuan. Iaitu tentang diri tuan sendiri. Jika tidak keberatan, bolehkan aku melihat perutmu?”
Maka ketika itu Abu Bakar berkata: “Aku keberatan untuk menunjukkannya selagi engkau tidak memberitahu apakah tujuanmu yang sebenarnya. ”
Maka orang tua itu berkata: “Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa ada seorang Nabi Allah yang akan diutus dari Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, seorang yang masih muda dan seorang yang yang sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu sungguh berani berjuang dalam segenap lapangan dan akan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus. Ada tahi lalat diperutnya dan ada suatu tanda dipaha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan memperlihatkannya kepadaku”
Lalu Abu Bakar membuka pakaiannya dan memperlihathat perutnya. Lalu selepas orang tua itu melihat tahi lalat di perutnya, maka dia berkata:
“Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orang itu !”
Dan kemudian orang tua itu telah memberikan beberapa nasihat kepada Abu Bakar. Abu Bakar terpaksa tinggal di Yaman beberapa hari kerana terdapat urusan perniagaan. Sebelum pulang, orang tua itu telah mengirimkan beberapa untaian syair kepada Abu Bakar. Apabila Saidina Abu Bakar pulang ke Mekah, para pemuda bergegas datang kepada Abu Bakar. Mereka memberitahu tentang Nabi Muhammad yang telah mengaku menjadi Nabi. Mereka berkata kepada Abu Bakar bahawa jika tidak kerana Rasulullah itu adalah sahabat kepada Abu Bakar, sudah lama mereka menyelesaikannya. Kemudian, Abu Bakar telah meminta mereka pulang dahulu semetara Abu Bakar telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad. Kemudian aku berkata:
“Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tentang tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita. ”

Maka Rasulullah berkata:
“Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan sekalian umat. ”
Abu Bakar bertanya tentang buktinya dan Baginda memberitahu tentang orang tua yang Abu Bakar temui di Yaman tempoh hari. Abu Bakar bertanya tentang orang tua yang manakah. Lalu Baginda menjawap orang tua yang telah mengirimkan untain syair itu. Abu Bakar terkejut lalu bertanya dari manakah Rasulullah mengetahui tentang itu. Maka dijawapnya oleh Rasulullah bahawa dia mendapat tahu dari malaikat-malaikat yang pernah menemui nabi-nabi terdahulu. Akhirnya Saidina Abu Bakar berkata:
“Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) adalah pesuruh Allah. ”
Selepas itu, maka Saidina Abu Bakar telah memeluk Islam. Abu Bakar As-Siddiq merupakan manusia yang dianggap paling agung dalam sejarah Islam sesudah Nabi Muhammad s. a. w. Beliau juga merupakan tokoh sahabat yang dianggap paling banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam. Kerana besarnya pengorbanan beliau, Rasulullah pernah mengatakan bahawa ; Islam telah tegak berdiri di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Abu Bakar As-Siddiq. Dalam perang Tabuk, Rasulullah telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin, agar mengorbankan harta mereka kepada jalan Allah. Maka Abu Bakar As-Siddiq telah membawa seluruh harta bendanya lalu diletakkan kedua-dua tangan Rasulullah. Apabila melihat harta yang sebanyak itu, Rasulullah telah berkata kepada Abu Bakar :
“Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anakmu dan isterimu?”
Pertanyaan Rasulullah itu dijawap oleh Abu Bakar dengan senyuman :
“Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya. ”
Ini telah menunjukkan bahawa betapa besarnya sumbangan Abu Bakar terhadap Islam. Beliau telah mengorbankan semua hartanya kejalan Islam. Rasulullah juga pernah menyanjungi beliau dengan sabdanya, 
“Jika ditimbang iman Abu Bakar dengan iman sekalian umat maka berat lagi iman Abu Bakar”
Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya orang yang telah menemani Rasulullah dalam proses penghijrahan. Tatkala keadaan kekejaman kaum Quraisy terhadap Muslimin di Mekah, Rasulullah telah mengadakan satu mesyuarat dirumah Abu Bakar untuk mencari jalan keluar terhadap masalah yang sedang dihadapi itu. Dan pada ketika itulah, Rasulullah menjelaskan bahawanya Allah telah memerintahkan penghijrahan ke Madinah serta telah meminta Abu Bakar untuk menemaninya dalam keadaan penghijrahan tersebut. Dengan perasaan yang sangat gembira dan tanpa sedikit pun kebimbangan yang hadir di riak mukanya, beliau telah menyetujui perlawaan Rasulullah yang juga merupakan sahabatnya. Mereka bergerak melalui pintu belakang rumah Abu Bakar. Oleh kerana pada malam itu, orang Quraisy yang ingin membunuh Baginda telah mendapat tahu bahawa Rasulullah telah melarikan diri (iaitu berhijrah ke Madinah untuk menyusun strategi), lalu mereka pun mengejar Baginda dan Abu Bakar. Menyedari hal itu, Abu Bakar dan Rasulullah telah bersembunyi di Gua Tsaur. Sesungguhnya, Abu Bakar pada malam itu merupakan orang yang pertama masuk ke dalam gua itu kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini akan terjadi kepada Rasulullah iaitu berkemungkinan ular akan menyambar Baginda, atau kerana serangga yang akan menyakiti Baginda. Beliau telah masuk kedalam gua dan menutup semua lubang yang ditemukan dengan serbannya, dia memotong serban tersebut dan menyumbang setiap lubang. Apabila semua lubang telah ditutup, maka barulah Baginda masuk ke dalam gua tersebut. Pada saat itu, Abu Bakar telah diserang kegelisahan kerana khuatir jika musuh mengetahui tempat persembunyian mereka. Maka, Allah telah menurunkan ayat suci Al-Quran dari Surah Taubah yang isinya telah memuji Abu Bakar As-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi di dalam Gua Tsaur. 
Ucapan diantara kedua sahabat ini ada tersebut di dalam al-Quran, 
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ”
 (Surah Taubah, 40) 
Menurut Syed Ibrahim bin Yahya dalam ucapannya :
“Ketika dalam persembunyian, Saiyidina Abu Bakar telah terpandang akan seekor ular keluar dari lubang berhampiran dengan termpat persembunyian mereka. Bimbang akan ular itu mungkin mematuk Rasulullah, beliau telah menutup lubang itu dengan kakinya. Beliau kemudiannya telah dipatuh oleh ular tersebut. Beliau menahan kesakitan tersebut hingga keluar air mata beliau dan jatuh ke atas Rasulullah yang sedang tidur di atas pahanya dan Baginda terjaga dari tidurnya. Di saat Rasulullah terjaga, Baginda terus bertanya kepada ular tersebut, 
“Mengapa engkau mematuk kaki kekasih ku?”
Makan ular tersebut menjawab:
“Kaki itu telah menghalang aku dari melihat wajahmu yang paling mulia wahai kekasih Allah”. 
Disini telah terbukti bahawa Abu Bakar sanggup mengorbankan nyawanya sendiri untuk Rasulullah. 
Semasa Rasulullah s. a. w sedang sakit tenat, baginda telah meminta Saidina Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Selepas kewafatan Rasulullah, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah yang pertama. 
Menurut Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu :
“Setelah Rasulullah s. a. w wafat, kaum Ansar telah berkumpul dibalai Bani Sa’idah untuk memilih orang yang akan menjadi khalifah. Mereka sebulat suara memilih Sa’dubni ‘Ubadah menjadi khalifah untuk mengganti dan menyambung tugas Rasulullah s. a. w. Pada ketika ini, umat Islam sedang sibuk menguruskan jenazah Rasulullah s. a. w. Setelah tindakan kaum Ansar itu diketahui umum, Saidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan Muhajirin telah pergi ke balai Bani Sa’adah untuk menjelaskan soal pelantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia hanya keputusan kaum Ansar sahaja. Hal ini boleh membawa pepecahan kepada umat Islam. Semasa penemuan itu jugalah, Saidina Abu Bakar telah di baiatkan sebagi khalifah oleh Basyir bin Saad. 
Dengan peristiwa ini, maka rasmilah Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah Islam yang pertama pada tahun 632M bersamaan 11H. Beliau telah memerintah selama 2 tahun 3 bulan. Pelbagai peristiwa telah berlaku semasa pemerintahan beliau. Antaranya ialah penghantaran Usamah bin Zaid ke sempadan Rom. 
Sewaktu pemerintah Baginda Rasullah, kerajaan Rom yang angkuh dan sukar untuk menerima Islam ke arena penghidupan dan perkara inilah yang telah menyebabkan Rom telah membunuh ramai pengikut-pengikut yang beragama Islam. Antara pemeluk Islam ialah Farwah bin Al-Juzami, iaitu Gabenor Rom untuk daerah Maan, dan dia telah dibunuh hanya kerana dia telah memilih Islam dan memeluk Islam. Rasulullah yang merupakan pemimpin pada masa itu memandang serius terhadap Rom yang menyombong dan keras kepala tanpa ada sebab. Sehubungan dengan itu, Baginda telah menyediakan satu angkatan yang besar pada bulan Safar tahun ke-sebelah hijrah, dimana Usamah bin Zaid lah yang diberi tanggungjawab untuk mengepalai angkatan ini. Baginda memerintah supaya Usamah bin Zaid memasuki perbatasan al-Balqa’ dan Ad-Darom di bumi Palestin yang bertujuan untuk mengugut Rom dan mereka mengetahui bahawa kebiadapan mereka dan keterlanjuran mereka itu tidak akan dibiarkan sahaja berlaku begitu dan disamping untuk mengikis sindrom yang kononnya bila memeluk Islam hanyalah membawa kepada kematian semata-mata. Orang ramai menyebut-nyebut tentang Usamah bin Zaid kerana dikatakan dia merupakan pemimpin tentera Islam yang masih muda, malah mereka mengharapkan supaya diperlewatkan sedikit tentang penghantarannya. Disini, Rasulullah telah mengulas tentangnya dan berkata : “Sekiranya kamu mempersoalkan kepimpinannya, bererti kamu mempersoalkan tentang kepimpinan bapanya yang terdahulu iaitu Zaid bin Haritha, demi Allah, meskipun kepimpinan dipertikaikan namun beliau adalah layak untuk tugas berkenaan, bapanya yang terdahulu adalah orang kesayanganku, dan beliau ini juga adalah orang kesayanganku selepas bapanya yang terdahulu, ”
Dengan berakhirnya perucapan ini, maka orang ramai pun mula berhimpun di sekeliling Usamah dan menyertai perbarisan tenteranya. Akhirnya mereka semua bergerak hingga sampai dan singgah si Al-Jaraf, yakni satu Farsakh jaraknya ke Madinah. Semasa tentera Islam di sana, mereka mendapat berita tentang kesakitan yang di alami oleh Rasulullah s. a. w. Berita ini telah memaksa mereka teragak-agak untuk meneruskan pergerakan ini. 
Perkara ini telah berlanjutan sehingga Baginda wafat. Saidina Abu Bakar tetap dengan keputusannya untuk menghantar Usamah. Dan beliau dengan sendirinya dengan hanya berjalan kaki manakala Usamah pada waktu itu menunggang kuda. Usamah bin Zaid akhirnya pulang dengan membawa berita kemenangan. Penghantaran Usamah ini merupakah penghantaran pertama yang dilakukan dalam pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq. 
Selain itu, Saidina Abu Bakar juga telah memerangai golongan Nabi palsu. Fenomena Nabi palsu ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Rasulullah lagi. Pada zaman Rasulullah, sehingga zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, terdapat beberapa nama yang terkenal. Diantaranya adalah Musailamah bin Habieb Al-Kadzdzab. Dia berasal dari Bani Hanifah, termasuk dalam rumpun suku di wilayah Yamamah yang telah menerima kerasulan Nabi dan agama yang Baginda bawa. Gelaran Al-Kadzdzab yang bermaksud pembohong telah melekat pada diri Musailamah kerana dia telah membohongi hampir semua orang dengan mengaku dirinya sebagai Nabi. Kisah ini bermula dengan diutusnya Nahar Ar-Rajjal, iaitu lelaki yang dahulunya mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk membimbing kaummnya di Yamamah. Orang ini sangat tekun mempelajari agama dan sangat gemar membaca al-Quran. Malanganya, orang ini juga telah terpedaya dengan Musailamah dan juga telah menjadi pengikut Musailamah. 
Pada waktu Rasulullah masih hidup, kemunculan Musailamah masih belum begitu berpengaruh oleh sebab pengaruh Rasulullah itu sendiri dan para sahabat yang sangat ketat sehingga dia masih belum berani untuk mengumumkan kenabian palsunya. Malangnya, ketika Rasulullah wafat, pengaruh Musailamah al-Khadzdzab mula meluas di seluruh daerah Yamamah hingga mencapai lebih 40000 orang. Hal ini merupakan tentangan terberat pada awal pemerintahan Abu Bakar. Akhirnya, Abu Bakar telah memerangai Nabi palsu ini yang diketuai oleh Khalid bin Walid. Dalam pertempuran yang sengit, pasukan Muslimin Berjaya mengalahkan pasukan Musailamah al-Khadzdzab. Hampir 15000 terkorban di pihak Musailamah dan beribu juga Muslimin yang telah mati syahid. Di antara yang mati syahid itu terdapat kira-kira 70 orang penghafaz al-Quran. Wahsyi, yang merupakan pembunuh Hamzah bin Abdul Muthalib, yang telah memeluk Islam berhasil melemparkan tombaknya menembusi dada nabi palsu itu, Musailamah hingga mati. Dengan tewasnya Musailamah Al-Khadzdzab, redalah gerakan orang Arab yang murtad, begitu juga hilanglah nabi-nabi yang palsu dan Islam telah Berjaya di Timur Tengah hingga beberap abad kemudian. 
Selain golongan murtad dan nabi palsu, terdapat satu lagi golongan yang telah diperangai oleh Abu Bakar As-Siddiq. Golongan yang ketiga ini adalah golongan yang enggan membayar zakat. Ketiga-tiga golongan ini telah dikenali sebagai gerakan Ar-Riddah. Bagi golongan yang murtad, kebanyakkan berlaku di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah dan Yaman. Golongan murtad ini telah keluar daripada Islam dan menyokong Nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam. Bagi golongan yang enggan membayar zakat pula, mereka kebanyakkanya muncul di Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka ini telah dipelopori oleh Malek bin Nuwairah. Mereka ini juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al-Harith. Termasuk juga kaum Absy dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh kepada Islam tetapi enggan membayar zakat. mereka enggan membayar zakat kerana mereka telah salah mentafsir ayat al-Quran mengenai zakat. Menurut al-Quran:
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Surat Taubah, 103) 
Terdapat juga golongan yang masih mengaku menganut umat Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana telah tersalah tafsirkan ayat di atas. Menurut golongan ini, tujuan utama membayar zakat adalah untuk membersihkan kesalahan yang pernah mereka telah lakukan. Apabila Nabi wafat, mereka beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad s. a. w sahaja yang layak melaksanakan proses membersikan kesalahan dosa mereka. Pada mereka, semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau bukanlah Nabi dan tidak layak memikul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas dalam usaha membayar zakat kerana menganggap zakat sebagai satu ufti yang dikutip oleh Rasulullah semasa hayatnya. Selepas Rasulullah wafat, mereka enggan membayarnya. Oleh itu, Abu Bakar telah mengadakan mensyurat dalam masjid Syura mengenai gerakan Ar-Riddah ini. Pada mulanya, para sahabat kurang bersetuju dengan keputusan untuk memerangi golongan Ar-Riddah ini. Kata mereka, golongan ini patut diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat. Abu Bakar tetap berkeras ingin memerangi keseluruhan golongan Ar-Riddah ini walaupun secara bersendirian. Akhirnya, pasukan-pasukan tentera telah dihantar ke Ghassan. Di bawah pimpinan Usama bin Zaid, mereka Berjaya menumpaskan golongan ini. Sementara itu, Saidina Abu Bakar juga telah membahagikan tentera Muslimin kepada 11 pasukan dan setiap pasukan mempunyai ketua dan benderanya sendiri. Saidina Abu Bakar tidak menghantar Saidina Ali, Umar, Zubair dan mereka yang lain kerana sebagai bekalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Setiap pasukan dibekalkan dengan ‘alMansyurat’ iaitu pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya pulang kepada pangkal jalan. Jika mereka masih juga ingkar, barulah mereka diperangi. Kepada setiap pasukan ketenteraan juga, Saidina Abu Bakar telah menyerahkan ‘al-Adhu’ iaitu surat janji kepada panglima sebagai amanat dalam disiplin ketenteraan. 
Selain memerangai golongan ar-riddah ini, Saidina Abu Bakar juga telah memberikan sumbangan yang lain. Selepas berjaya memerangai golongan ar-riddah, Saidina Abu Bakar telah mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Empayar Rom dan Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempem ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang Barat, kempem Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini ternyata salah kerana kebanyakan golongan ar-riddah terletak di Semenanjung Arab dan bukannya di utara. 
Saidina Abu Bakar juga telah menyumbangkan jasanya dalam pengumpulan al-Quran. Selepas siri peperangan untuk memerangi golongan Ar-Riddah, ramai penghafaz al-Quran telah mati syahid. Oleh yang demikian, Saidina Umar al-Khattab telah meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktiviti pengumpulan semua ayat-ayat al-Quran. 
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634M di Madinah, iaitu selepas dua tahun menjadi khalifah. Ada beberapa pendapat mengenai kewafatan beliau. Ada yang mengatakan beliau telah keracunan dan ada pula yang mengatakan beliau wafat secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar telah menggesa masyarakat untuk menerima Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah yang baru. Saidina Abu Bakar telah dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s. a. w di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah. 

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Saidina Abu Bakar telah menjadi sahabat Rasulullah pada zaman kanak-kanaknya lagi. Saidina Abu Bakar merupakan orang yang paling rapat dan selalu ada di sisi Rasulullah. Saidina Abu Bakar telah menyumbang banyak sumbangan dalam pemeritahannya. Antara sumbangannya adalah Saidina Abu Bakar telah meneruskan penghantaran Usama bin Zaid. Beliau juga telah memerangai golongan Ar-Riddah, iaitu golongan murtad, golongan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, telah muncul ramai yang telah mengaku dirinya sebagai nabi palsu. Diantaranya adalah Musailamah yang akhirnya telah dibunuh akhirnya. Saidina Abu Bakar juga telah berusaha untuk mengumpul al-Quran kerana telah banyak penghafaz al-Quran mati syahid sewaktu memerangi golongan Ar-Riddah. Saidina Abu Bakar telah mendapat gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau telah membenarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj dimana pada waktu itu semua orang Arab mendustainya. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga merupakan satu-satunya orang yang telah meneman Nabi Muhammad s. a. w dalam peristiwa penghijrahan. Saidina Abu Bakar juga terkenal dengan sikapnya yang cerdas, jujur dan sabar. Disebabkan oleh inilah, Saidina Abu Bakar sangat dimuliai dan disegani oleh masyarakat sekitar sejak dari beliau kecil lagi. Saidina Abu Bakar, tidak seperti pembesar Quraisy yang lain, sebelum beliau memeluk Islam lagi, beliau tidak pernah menyentuh atau meminun arak walaupun sekali. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga, pada zaman pemerintahannya telah meluaskan pengaruh Islam dalam Ekspedisi ke Utara. Saidina Abu Bakar akhirnya wafat selepas 2 tahun pemerintahannya. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 643M di Madinah. Ada beberapa pendapat mengenanai kewafatan beliau. Ada yang mengatakan beliau wafat keracunan, dan ada pula yang mengatakan beliau wafat seperti biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Umar al-Khattab telah dipilih menjadi khalifah untuk menggantikan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar telah menggesa masyarakat untuk menerima Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah. Saidina Abu Bakar telah dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s. a. w di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mencontohi sifat yang ada pada Saidina Abu Bakar. 



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com