Tajuk: Perang Uhud

Pendahuluan

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah peluang untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar dahulu. Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad s. a. w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak. Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula ember kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut. Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s. a. w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda. Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam. Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka. Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini ember pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya. 

Perbincangan
Waktu : Pertengahan bulan Sya’ban tahun 3 hijrah. 
Tempat : Di kaki Gunung Uhud yang terletak di sebelah utara Kota Madinah. 
Sebab atau punca : Kekalahan yang diderita oleh Quraisy dalam peperangan Badar adalah suatu pukulan hebat yang dirasa oleh mereka. 

Akibat dari kekalahan Quraisy dalam peperangan Badar, mereka membulatkan tekad untuk mengadakan pembalasan dan untuk ini mereka menahan (tidak membelanjakan) semua harta kekayaan khalifah perniagaan yang meyebabkan terjadinyaperang Badar itu agar demikian harta kekayaan tersbut dapat digunakan untuk membiayai peperangan yang akan dilancarkan. Quraisy khuatir akan kekalahannya pada peperangan Badar berulang lagi. Bagi mengatasi masalah ini untuk melancarkan peperangan Uhud mereka mengadakan persediaan yang besar. Abu Sufyan mengumpul 3000 pemanggul atau tentera bersenjata terdiri dari orang-orang Quraisy, Arab Tihamah dan Arab Kinanah iaitu Bani al-Harith, Bani al-Haun dan juga Bani al-Mustaliq dari suku Khuza’ah. Selain itu, mereka juga membawa isteri ke medan peperangan. Hal ini dilakukan Quraisy supaya dapat menghalang suami atau lelaki yang hendak lari dari medan peperangan. Dalam pada itu, ini juga telah menjadi adat bagi bangsa Arab dalam menghadapi peperangan. (Ahmad, 1975) 

Hal yang demikian diketahui oleh Nabi Muhammad SAW bahawa balatentera Quraisy berangkat dari Makkah menuju ke Madinah. Oleh itu, baginda mengadakan mesyuarat dengan para sahabat tentang tindakan yang harus diambil. Rasulallah SAW bersama 1000 orang pemanggul senjata terdiri daripada kaum Muslimin untuk menghadapi musuh yang menyerang. Dalam perjalanan untuk berperang seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai mengundur diri dan kembali ke Madinah serta membawa sekelompok kaum munafik seramai satu per tiga dari tentera itu. Hal ini telah menyebabkan tentera muslimin menjadi semakin kurang. 

Nabi Muhammad SAW beserta askar muslimin sampai ke Bukit Uhud. Baginda mula mengatur kedudukan askar-askarnya. Kedudukan askar-askar baginda lebih mengutamakan barisan belakang. Hal ini kerana baginda risau jika musuh serang dari arah belakang. Selain itu, baginda juga meletakkan sebilangan askar pemanah di bawah pimpinan Abdullah Bin Jubair lalu diletakkan pada suatu tempat untuk menutup jalan askar berkuda Quraisy. 

Oleh itu, berkatalah Abdullah Bin Jubair:
“ Hujanilah tentera berkuda itu dengan panah, supaya mereka tidak dapat memukul kita dari belakang. Biarpun kita menag atau kalah namun engkau jangan meninggalkan tempatmu ini. “ (Ahmad, 1975) 

Pertempuran
Seperti dalam peperangan biasa dimulai dengan perang tanding. Maksud perang tanding ini ialah perang atau lawan secara satu lawan satu. Pada mulanya dari pihak Quraisy keluar Talhah bin Abu Talhah dan dari pihak muslimin tampil pula Ali untuk menentangnya. Dalam pertemouran ini Talhah tewas. Kemudian tampil pula Usman dari pihak Quraisy lalu ditewaskan pula oleh Hamzah. Kemudian, keluar pula As’ad saudara dari Talhah dan Usman lalu ditewaskan juga oleh Ali. Kemudian yang ke empat tampil pula Musafi’ dan ditewaskan oleh ‘Asim bin Thabit. Selepas itu akhirnya, terjadilah pertempuran yang sebenar. Oleh itu, Khalid Ibnul-Walid berusaha melengkari tentera kaum muslimin dengan tentera berkuda yang dipimpinnya. Namun begitu usahanya digagalkan oleh pemanah-pemanah kaum muslimin. Setelah kelihatan pratanda-pratanda kemenangan bagi kaum muslimin mereka mula mengumpul harta-harta rampasan dari tentera Quraisy yang tewas dan mereka yang lari dari medan perang dengan meninggalkan harta benda. Akan tetapi kaum muslimin tidaklah menang dengan sesungguhnya. Oleh itu askar pemanah telah bergerak meninggalkan medan peperangan dan ini merupakan satu kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh tentera muslimin kerana menjangka bahawa peperangan sudah selesai. Mereka ingin mengambil bahagian mereka daripada rampasan kerana rampasan yang didapati oleh seorang perajurit dalam medan peperangan itu adalah hak kepunyaannya. Disebabkan kesalahan yang dibuat oleh kaum muslimin iaitu askar pemanah ember kesempatan kepada Khalid Ibnul-Walid yang dari sentiasa menanti-nanti agar askar pemanah itu meluangkan jalan baginya untuk memukul atau menyerang kaum muslimin dari belakang. Apabila askar pemanah meninggalkan tempat mereka, kesempatan ini diambil oleh Khalid untuk memukul kaum muslimin dari belakang. Peristiwa atau tindakan Khalid itu tidak dijangka oleh kaum muslimin dan membawa akibat yang besar kepada barisan mereka. Dengan kejadian itu askar kaum muslimin menjadi  embe dan kucar-kacir. 

Tiba-tiba seorang dari kalangan Quraisy berteriak bahawa Muhammad telah tewas dan teriakan itu dipercayai oleh Quraisy lalu mereka berhenti dari berperang kerana sudah cukup bagi mereka dapat tewaskan Nabi Muhammad SAW. Berhubung dengan teriakan itu maka Ka’ab bin Malik al-Ansari hendak memaklumkan bahawa Muhammad masih hidup, akan tetapi baginda menyuruhnya diam supaya peperangan tidak di teruskan. 

Dalam peperangan ini kaum muslimin telah gugur 70 orang sebagai syuhuda. Antara pahlawan Islam yang gugur ialah Hamzah. Dalam kejadian itu Hindun binti ‘Utbah iaitu isteri Abu Sufyan telah mengelar-ngelar mayat Hamzah lalu dipotong-potong dan dibelah-belah perutnya. Kemudian dikeluarkan hatinya lalu ditelan. Oleh itu Mu’awiyah telah digelar sebagai “anak orang makan jantung”. (Abu Mus’ad, 1999) 

Kisah pembunuhan Hamzah. 
Pembunuh Hamzah ialah seorang hamba Habsyi yang bernama Wahsyi. Wahsyi amat cekap dalam memanah. Oleh itu Wahsyi diminta oleh tuannya iaitu Jubair bin Mut’im untuk membunuh Hamzah kerana ingin membela bapa saudara Jubair dan berjanji akan merdekakan Wahsyi. Kemudian Wahsyi keluar dan bersembunyi dan apabila dapat peluang dia melepaskan panahnya ember Hamzah. Lalu Hamzah gugur di tangan Wahsyi. Apabila Wahsyi membunuh Hamzah lalu dia telah memeluk Islam dan turut pula memerangi mereka yang mengaku menjadi nabi. Peristiwa ini dapat ember pengajaran di mana seorang hamba yang pada asalnya bukan Islam sanggup mengikut perintah tuannya dan apabila sudah merdeka lalu memeluk Islam dan berjuang pula untuk mempertahankan Islam. (Muhammad Husain Haekal, 1986) 

Setelah selesai pertempuran. 
Peperangan Uhud ini adalah suatu peperangan yang amat besar akibatnya. Kaum Quraisy tahu bahawa kemenangan mereka amat gilang-gemilang. Oleh itu, mereka hendak melanjutkan kemenangan itu sehingga dapat menumpaskan kaum muslimin sehabis-habisnya. (Ahmad Shalaby, 1975) 

Kesan
Orang-orang yahudi dengan terang-terang mengejek dan mencemuhkan kaum muslimin. Tetapi kaum muslimin tidak menjadi lemah. Mereka berusaha untuk menghilangkan kesan-kesan kekalahan yang besar ini. Selepas peperangan Uhud sampai terjadinya peperangan Ahzab (perang Khandaq). oleh itu kaum muslimin hendak merebut kedudukan mereka semula. (Hamka, 1994) 

Kecintaan sejati dan pengorbanan dalam peperangan Uhud
Dalam peperangan Uhud, Abu Ubaidah dan para sahabat berjuang dengan habis-habisan dan juga beruaha untuk melindungi Raulullah SAW. Bagi menunjukkan kecintaan mereka terhadap Nabi dengan Rasulullah SAW, Abu Ubaidah telah mencabut salah satu pergelangan besi yang bersarang di wajah baginda hingga patah satu giginya. Kemudian Abu Ubaidah mencabut besi yang sebuah lagi dari wajah baginda hingga satu lagi giginya patah. 

Selain itu, Abu Dujanah melindungi Nabi dengan dirinya dari serangan panah dan tombak yang dilemparkan oleh musuh sehingga tubuhnya banyak terkena tusukan anak panah. (Yunus, 1993) 

Dalam peperangan ini Qatadah bin Nu’man terkena anak panah sehingga terkeluar matanya lalu dikembalikan oleh Nabi SAW dengan tangan baginda sendiri. Justeru, mata beliau lebih terang dan jelas pada keadaan semula. 

Semasa peperangan, pasukan musyrikin benar-benar menumpukan serangan mereka kepada peribadi Rasulullah SAW sendiri. Ketia itu lebih sepuluh orang sahabat yang melindungi Rasulullah SAW dari serangan musuh sehingga mereka gugur sebagai syahid. Thalhah bin Ubaidillah juga melindungi Rasulullah SAW dari serangan musuh sehingga tangan dan jari-jarinya cedera sehingga tidak dapat digunakan lagi. Dalam keadaan yang kritis itu, Rasulullah SAW berusaha untuk naik ke sebuah batu besar, namun baginda tidak mampu naik kerana tubuhnya lemah dan banyak luka-luka. Oleh itu, Thalhah bin Ubaidillah duduk di bawah agar baginda dapat naik di punggungnya sehingga dapat mencapai batu yang dimaksudkan. 

Kecintaan Kaum Wanita kepada Rasulullah SAW. 
Ketika pulang dari peperangan Uhud dan melalui perkampungan Banu Dinar. Di sana, mereka memberitahu pada seorang wanita muslimah dan menyatakan kepada mereka bahawa suami, ayah dan putranya gugur di medan Uhud dan kenyataan itu diterma dengan tenangnya. Wanita itu juga bertanya tentang khabar baginda dan pasukan Islam menjawab bahawa baginda dalam keadaan selamat. Lalu wanita itu bertemu dengan Rasulullah SAW sendiri lalu berkata “ biarkan semua gugur asalkan engkau selamat dan tidaklah mengapa bagiku. ” (Yunus, 1993) 

Kesimpulan
Dari kejadian perang Uhud ini kita mendapat pelbagai pengajaran yang berharga. Salah satunya ialah pelanggaran dan pengabaian terhadap satu perintah Nabi SAW akan membawa kepada kehancuran. Hal ini dapat dibuktikan apabila tentera muslimin hampir kepada kemenangan dan tentera pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas bukit turun untuk mengambil harta rampasan. Disebabkan tindakan mereka itu kaum muslimin tewas dalam peperangan. Dalam kejadian ini Islam mengajar kita supaya mematuhi arahan pemerintah dan juga tidak ada perasaan tamak. Selain itu, terdapat satu peristiwa yang dapat member pengajaran untuk dicontohi umat Islam hari ini. Peristiwa pembunuhan Hamzah yang di bunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Ketika itu Wahsyi disuruh oleh tuannya untuk membunuh Hamzah dan dia akan dibebaskan. Setelah membunuh Hamzah, Wahsyi memeluk Islam dan terus berpihak kepada kaum muslimin berjuang menentang musuh. Tindakan Wahsyi ini patut dicontohi di mana dia sanggup membunuh seorang perajurit Islam untuk membantu Islam setelah merdeka dari menjadi hamba. Ini menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Islam. Selain itu, kita sepatutnya mencontohi umat terdahulu yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan Islam dan juga kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Umat Islam sekarang seharusnya mencontohi akhlak Rasulullah SAW. 

------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206
011-1070-4212
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
https://www.facebook.com/abdaziz.harjin
http://abdazizharjin.blogspot.com