Tajuk: Mukjizat Al Quran

Pengenalan
Tuhan telah membekalkan rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW dengan banyak mukjizat untuk membuktikan kebenarannya sebagai utusan Allah. Allah juga telah membekalkan kitab terakhir Al Quran dengan beberapa mukjizat untuk membuktikan bahawa Al Quran dalam kalam Allah, diwahyukan kepada nabi dan bukan ditulis oleh manusia biasa. Al Quran adalah kitab penunjuk bagi seluruh manusia yang didalamnya juga mengandungi penjelasan sebagai petunjuk. Bukti-bukti itulah yang kita katakan sebagai mukjizat kerana dengan bukti-bukti ini manusia tidak dapat mengingkari kebenaran isi Al Quran. Selain mukjizat dari segi kekuatan bahasa, ketepatan berita sejarah mahupun kejadian yang akan datang, serta keadilan hokum-hukm yang dikandungnya, terdapat mukjizat dari segi ilmiah yang beberapa faktanya baru boleh kita saksikan di zaman muktahir ini. Menurut ajaran Islam, Al Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara berunsur unsure dalam tempoh 23 tahun. Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al Quran Allah telah berfirman: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran dan kamilah yang akan menjaganya”. (Al Hijr 15:9). Lafaz Al Quran dari segi bahasa ialah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:” Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu (di dadamu), dan menetapkan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah Al Qiyamah, 75:17-18). Manakala dari segi istilah pula, Al Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah Al Fatihah dan berakhir dengan surah An Naas.

Al Quran adalah kitab penunjuk bagi seluruh manusia yang didalamnya juga mengandungi penjelasan sebagai petunjuk. Al Quran merupakan satu satunya kitab samawi yang jelas dan tegas menyatakan bahawa tidak seorang pun yang mampu mendatangkan kitab sepertinya mahupun seluruh manusia dan jin berkumpul untuk melakukan hal itu. Selain itu, mereka tidak akan mampu menyusun mahupun hanya sekadar sepuluh muka surat sahaja. Oleh sebab itu, tidak diragukan lg bahawa Al Quran telah membuktikan pengakuannya sebagai mukjizat. Sebagaimana rasul SAW, pembawa kitab ini telah menyampaikan kepada umat manusia sebagai mukjizat yang abadi dan bukti yang kuat diatas kenabiannya hingga akhir masa.  (Mutawally, Muhammad (1984) ).

Dari pandangan yang lain, Nabi Muhammad SAW dari hari pertama dakwahnya sentiasa menghadapi musuh-musuh islam dan para pendengki yang tegar. Mereka telah mengerahkan seluruh tenaga dan kekuatan untuk memerangi agama Islam. Setelah berputus asa kerana ancaman dan tipu helah mereka tidak berkesan sama sekali, mereka berusaha melakukan pembunuhan dan pengkhianatan. Tetapi, usaha jahat itu pun mengalami kegagalan berkat inayah Allah dengan menghijrahkan Nabi Muhammad ke Madinah secara rahsia pada malam hari. Setelah hijrah, baginda menghabiskan sisa sisa umurnya yang mulia dengan melakukan berbagai peperangan melawan kaum musryikin dan mereka dari kaum Yahudi. Dan semenjak wafatnya hingga hari ini, orang orang munafik dari dalam dan musuh-musuh Islam dari luar sentiasa berusaha memadamkan api Ilahi ini. Mereka telah mengerahkan segenap kekuatan dalam rangka ini. Seandainya mereka mampu mencipta sebuah kitab sepadan Al Quran, pasti mereka akan lakukan tanpa ragu sedikitpun. Ini bermakna kitab suci ini memiliki ciri-ciri kemukjizatan iaitu yang luar biasanya tidak dapat ditiru dan dipalsukan dan diturunkan sebagai bukti atas kebenaran kenabian seseorang. Nampak jelas bahawa Al Quran merupakan bukti yang paling kuat atas kebenaran Nabi Muhammad sebagai Nabi Allah. Dan agama Islam yang suci adalah hak dan kurniaan Allah yang paling besar bagi umat Islam. Al Quran diturunkan sebagai mukjizat abadi hingga akhir masa, kandungannya merupakan bukti atas kebenarannya. Aboebakar, H (1986) ).

Unsur-unsur Kemukjizatan Al Quran
1. Kefasihan dan Keindahan Al Quran

Unsur pertama kemukijizatanAla Quran ialah kefasihan dan balaghahnya. Maksudnya untuk menyampaikan maksud dan tujuan dalam setiap masalah, Allah SWT menggunakan kata dan kalimat yang paling lembut, indah, ringan, serasi dan kukuh. Melalui cara tersebut, baginda menyamapaikan makna-makna yang dimaksudkan kepada para mukhatab iaitu melalui sastera yang paling baik dan mudah di fahami.

Untuk mengrtahui kemukjizatan Al Quran dari sudut balaghah (keindahan), kefasihan dan keindahan bahasanya, tidaklah mudah kecuali bagi orang-orang yang memiliki pengalaman dan keistimewaan di dalam pelbagai imu sastera Arab dan melakukan perbandingan anta keistrimewaan-keistimewaan Al Quran dan berbagai jenis bahasa yang fasih dan baligh serta menguji kemampuan mereka dengan melakukan analogi dalam hal itu. Hal ini tidak menjadi masalah kepada para penyair dan saterawan Arab kerana keistimewaan orang orang Arab yang paling menonjol pada masa diturunkan Al Quran ialah ilmu Balaghah dan sastera. Puncak kemahiran mereka pada masa itu ditonjolkan semasa mereka membuat pemilihan bait-bait kasidah dan syair setelah diadakan penelitian dan penilaian yang merupakan kegiatan seni dan satera yang paling besar. (Ibrahim, I. A (2007) ).

2. Kehebatan Nabi Muhammad SAW

Walapun saiznya tidak besar, tetapi Al Quran adalah kitab suci yang merangkumi berbagai pengetahuan, hukum-hukum dan syariat baik yang bersifat personal atau sosial. Untuk mengkaji secara mendalam setiap cabang ilmu tersebut memerlukan kelompok kelompok yang terdiri dari para ahli di bidangnya masing-masing, kesiriusan yang tinggi dan masa yang lama agar dapat diungkap secara tahap sebagai rahsianya dan agar hakikat kebenarannya boleh digali lebih banyak walaupun ianya tidak mudah kecuali bagi orang-orang yang betul-betul memiliki ilmu pengetahuan, bantuan dan inayah khusus dari Allah SWT.

Al Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang paling tinggi, luhur dan berharga nilai akhlaknya, paling adil dan kukuh undang-undang, paling berpengaruh dan bermanfaat nasihat-nasihatnya, paling menarik kisah-kisah sejarahnya dan yang paling baik pendidikan dan pengajarannya. Pendek kata, Al Quran mengandungi seluruh dasar-dasar yang diperlukan oelh setiap manusia untuk merialisasikan kebahagiaan mereka didunia dan di akhirat. Semua itu dirangkaikan dengan susunan yang indah dan menarik yang tidak ada bandingnya, sehingga semua lapisan masyarakat dapat mengambil manfaat darinya sesuai dengan potensi mereka masing-masing. (Ibrahim, I. A (2007) ).

Merangkumi semua ilmu pengetahuan dan hakikat di dalam sebuah kitab seperti ini mengungguli kemampuan manusia biasa. Tetapi yang lebih mengagumkan dan menakjubkan adalah bahawa kitab agung ini diturunkan kepada seorang manusia yang tidak pernah belajar dan mempunyai pendidikan sama sekali sepanjang hidupnya, serta tidak pernah walaupun hanya sekali memegang pen dan kertas. Ia hidup dan tumbuh besar di sebuah lingkungan yang jauh dari kemajuan dan peradaban. (Ibrahim, I. A (2007) ).

Yang lebih mengagumkan lagi, selama 40 tahun sebelum diutus menjadi nabi, ia tidak pernah terdengar ucapan mukjizat seperti itu. Sedangkan ayat-ayat Al-Qur'an dan wahyu Allah yang beliau sampaikan pada masa-masa kenabiannya memiliki cara dan susunan kata yang khas dan berbeza sama sekali dari seluruh perkataan dan ucapan peribadinya. Perbezaan yang jelas antara kitab tersebut dengan seluruh ucapan beliau dapat disentuh dan disaksikan oleh seluruh masyarakat dan umatnya. Allah SWT berfirman, "Dan kamu tidak pernah membaca sebelum satu bukupun dan kamu tidak pernah menulis satu buku dengan tanganmu. Karena jika kamu pernah membaca dan menulis, maka para pengingkar itu betul-betul akan merasa ragu [terhadap Al-Qur'an]".  (QS. Al-'Ankabut: 48)

Konsistensi Kandungan Al Quran
Al Quran diturunkan selama 23 tahun dari kehidupan Nabi Muhammad SAW iaitu masa masa yang penuh dengan berbagai tentangan, ujian dan berbagai peristiwa yang pahit mahupun yang manis. Tetapi, semua itu sama sekali tidak mempengaruhi kosistensi dan kepaduan kandungan Al Quran serta keindahan susunan katanya. Kepaduan dari bentuk dan kandungannya merupakan unsur lain dari kemukjizatan Al Quran. Allah SWT berfirman, :"Apakah mereka tidak merenungkan Al-Qur'an. Seandainya Al- Qur'an itu datang dari selain Allah, pasti mereka akan menemukan banyak pertentangan. " (Surah An-Nisa': 82)
Penjelasannya setiap manusia menghadapi dua perubahan. Pertama, pengetahuan dan pengalamannnya itu akan bertambah dan berkembang. Semakin bertambah dan berkembang pendidikan, pengetahuan, pengalaman dan kemampuan akan semakin mempengaruhi ucapan dan perkataannya. Sudah sewajarnya akan terjadi perbezaan yang jelas di antara ucapan-ucapan itu sepanjang masa 20 tahun. Kedua, berbagai peristiwa yang terjadi dalam kehidupan seseorang akan memberi impak kepada jiwa dan emosinya seperti berputus asa, gembira, sedih, gelisah dan tenang. Perbezaan tersebut akan mempengaruhi dalam cara pemikiran seseorang baik dari pada ucapan mahupun perbuatan. Maka dengan ini, konsistensi di dalam Al Quran serta kemukjizatan ini merupakan bukti lain bahawa kitab tersebut dating dari sumber ilmu yang tetap dan tidak terbatas iaitu Allah yang mengusai alam semesta ini dan tunduk kepada fenomena alam dan perubahan yang berbagai-bagai. (AL BANNA, Hassan)

Kesimpulan
Al-Quran mengandung berbagai ilmu pengetahuan yang paling tinggi, paling luhur dan berharga nilai-nilai akhlaknya, paling adil dan kukuh undang-undang, paling bijak susunan ibadah, hukum-hukum peribadi dan sosialnya, paling berpengaruh dan bermanfaat nasihat-nasihat dan pengajarannya, paling menarik kisah-kisah sejarahnya, dan paling baik cara pendidikan dan pengajarannya. Pendek kata, Al-Quran mengandungi seluruh dasar-dasar yang diperlukan oleh setiap manusia untuk merealisasikan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Semuanya itu dirangkai dengan susunan yang indah dan menarik yang tidak ada bandingannya, sehingga semua lapisan masyarakat dapat mengambil manfaat darinya sesuai dengan potensi mereka masing-masing. Sesungguhnya setiap manusia dapat mengetahui sejauh mana kandungan Al-Qur'an yang merangkumi nada dan irama yang syahdu. Setiap orang yang mengetahui bahasa Arab, ilmu kefasihan dan keindahannya (balaghah), pasti dapat menyentuh keunggulan sastera Al-Qur'an.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com