Tajuk: Kelahiran Imam Al Nawawi

Abstrak
Al-Nawawi dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan oktober 1233. Nama sebenarnya Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Sharaf. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Rawahiyah di Damsyik. Semasa berusia 18 tahun, beliau telah menghafal isi Al-Quran. Beliau menguasai hampir semua ilmu agama. Semua pengetahuan agama yang dimilikinya dicurahkan ke dalam buku karangannya. Syeikh Nawawi memperoleh beberapa gelaran kehormatan dari pelbagai Negara, seperti Syed Ulama al-Hijaz (Arab Saudi), Mufti (Mesir) dan Fakih (Syria). Al-Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Beliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan di atas mereka. Setelah itu, Al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan. Syeikh Nawawi mampu mencuarahkan ilmunya ke dalam karyanya sedemikian rupa sehingga mudah difahami oleh pembacanya. Beliau meninggal dunia di Nawa pada 22 Disember 1277. Secara keseluruhanya, Al-Nawawi merupakan imam yang terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Meskipun menetap di Makkah, Syeikh Nawawi tetap memantau perkembangan politik di tanah air melalui murid-muridnya. Beliau tetap menyumbangkan idea dan pemikirannya bagi kemajuan umat Islam di Indonesia. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersifat tegas dalam menegakkan Islam seperti beliau.

PENDAHULUAN
Tokoh ulamak fikah mazhab Shafie. Al-Nawawi dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan Oktober 1233. Nama sebenar beliau Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Sharaf bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Juma’ah bin Hizam bin al-Hizami al-Dimasyik. Beliau mandapat pendidikan awal di Madrasah al-Rawahiyah di Damsyik. Beliau menhafal Al-Quran sejak dari kecil. Al-Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Baliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Setelah itu, al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan. Al-Nawawi terkenal sebagai seoarang pakar dalam bidang hadis dan fikah. Beliau menghargai sumbangan Muslim dan Bukhari dalam bidang hadis dan telah menulis sebuah kitab hadis, iaitu syarah kepada Sahih Muslim sebanyak lima jilid. Syeikh Nawawi menguasai banyak ilmu agama dengan baik, dari ilmu tafsir, hadis, tauhid, fikah, tasawuf, hingga ke bahasa arab. Syeikh Nawawi memiliki beberapa pandangan dan pendirian yang khas. Imam Nawawi meninggal dunia dalam usia 45 tahun. sebelum meninggal beliau sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji beserta dengan orang tuanya, dan menetap di Madinah dan sempat berkunjung ke Baitulmakdis (Yerusalem). Beliau tidak menikah sampai akhir hayatnya. Beliau meninggal dunia di Nawa pada 22 Disember 1277.

Kelahiran:
Ada seorang ulamak besar, penulis dan pendidik terkenal dari Banten. Namanya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu Al-Nawawi, yang terkenal juga dengan nama singkatan imam Nawawi. Beliau dilahirkan di Nawa, Damsyik, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Semasa berusia 18 tahun, beliau telah menghafal Al-Quran. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan 19 tahun beliau telah pergi ke Damsyik untuk belajar. Setiap hari beliau mempelajari 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Semua pengetahuan agama yang dimilikinya dicuarahkan ke dalam bulu karangannya. Antara karangannya yang terkenal syarah Sahih Muslim, Riyadus Salihin dan lain-lain. Syeikh Nawawi memperoleh beberapa gelaran kehormatan dari pelbagai Negara, seperti Syeikh Ulama ai-Hijaz (Arab Saudi), Mufti (Mesir) dan Fakih (Syria). Imam Nawawi meninggal dunia dalam usia 45 tahun. sebelum meninggal beliau sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji beserta dengan orang tuanya, dan menetap di Madinah dan sempat berkunjung ke Baitulmakdis (Yerusalem). Beliau tidak menikah sampai akhir hayatnya.

Pendidikan:
Beliau mendapat pendidikan di Makkah. Pada usia 15 tahun, beliau menunaikan ibadat haji, kemudian tinggal di Makkah untuk menuntut ilmu selama 3 tahun. Di sana beliau belajar di Masjidilharam. Pada 1831, beliau pulang ke tanah air dan mendirikan pondok pengajian peninggalan orang tuanya. Pada 1834, beliau pergi semula ke Makkah untuk meneruskan pelajarannya di sana. Sejak itu, beliau tidak pernah kembali ke Indonesia dan tinggal di Makkah hingga ke akhir hayatnya (1897). Syeikh Nawawi menguasai banyak ilmu agama dengan baik, dari ilmu tafsir, hadis, tauhid, fikah, tasawuf, hingga ke bahasa arab. Dengan berbekalkan pengetahuan agama yang luas ini, beliau menjadi pengajar di Masjidilharam, Makkah. Setelah belajar selama kira-kira 30 tahun, Syeikh Nawawi dapat menguasai hampir segala bidang ilmu pengetahuan agama, sehingga mampu mengajarkan ilmunya secara mendalam kepada murid-muridnya. Murid-murid yang mengikuti pelajarannya berasal dari pelbagai dunia, termasuk Malaysia dan Indonesia. Beliau mengajarkan pengetahuan agama secara terperinci kepada mereka. Menurut catatan sejarah, di Makkah beliau berupaya mendalami ilmu-ilmu agama dari para gurunya, seperti Syeikh Muhammad Khatib Sambas, Syeikh Abdul Gani Bima, Syeikh Yusuf Sumulaweni, dan Syeikh Abdul Hamid Dagastani. Syeikh Nawawi al-Jawi menganut Mazhab Syafie. Pandangannya berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak dan qias sesuai dengan dasar syariat yang digunakan oleh Imam Syafie. Menurut Syeikh Nawawi, ahli ijtihad mutlak ialah Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali. Orang awam atau masyarakat biasa wajib berpegang pada salah seorang ahli mujtahid ini.

Perjuangan:
Al –Nawawi adalah tokoh agama yang berpengaruh dan berani. Antara perjuangan Syeikh Nawawi ialah beliau pernah menemui Sultan Baibars di Damsyik bagi membela nasib penduduk di Syria daripada bebanan cukai yang dikenakan ke atas mereka. Setelah itu, al-Nawawi disingkirkan dari kota Damsyik kerana keengganannya membuat fatwa mengikut kehendak kerajaan di dalam urusan kewangan.

Karya:
Syeikh Nawawi mampu mencurahkan ilmunya ke dalam karyanya sedemikian rupa sehingga mudah difahami oleh pembacanya. Beliau dapat menjelaskan suatu istilah yang sukar dan menterjemahkannya dalam bahasa yang jelas. Bukunya bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga di Negara-negara Timur Tengah. Salah sebuah karyanya yang terkenal dalam bidang tafsir ialah al-Munir (Yang memberikan sinar). Selepas tahun 1870, beliau menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang penulisan. Kitab karangan beliau kebanyakannya berbentuk syarah kepada kitab-kitab tua. Beliau menghasilkan syarah kepada kitab al-Arba’in (1294) dan beberapa komen tentang al-Nukhari dan Abu Dawud. Di kalangan penganut Mazhab Syafie, kitab karangan al-Nawawi yang paling popular ialah Minhaj al-Talibin (1297). Selepas itu, beliau menghasilkan kitab Tuhfah oleh Ibnu Hajar dan kitab Nihayah oleh al-Rumli sebagai ulasan kepada kitab Minhaj al-Talibin yang disebutkan di atas. Karangan al-Nawawi dikatakan berjumlah tidak kurang daripada 50 kitab. Syeikh Nawawi menguasai cabaran ilmu agama seperti ilmu tafsir, tauhid, fikah dan akhlak. Kepakarannya itu dapat dilihat daripada banyak karyanya. Menurut sumber, Syeikh Nawawi mengarang kira–kira 115 buku daripada pelbagai bidang ilmu. Antara karya beliau ialah al-Tafsir al-Munir al-Ma’alim al-Tanzil al-Musafir’an Wujuh Mahasinal-Ta’wil (1305), Sharh Fathal-Qarib al-Ghazzi (1512), al-Tawshih (1305. 1310), Maraqi al-‘Ubudiyah (1298) syarah kepada kitab Bidayat al-Hidayah oleh al-Ghazzi, al-Fath al-Mujib (1276) syarah kepada kitab Manaqib al-Hajj oleh al-Shirbini, Dhari’at al-Yakin (1304) syarah kepada kitab Umm al-Barahin, oleh al-Sanusi, Tijan al-Darari (1301) syarah kepada kitab Risalah fi’llm al-Tawhid oleh al-Bajuri, Salahin al-Fudala’ (1301) syarah kepada kitab Manzumah oleh al-Malibari dan Kashf al-Murutiyah’an Sitar al-Jurrumiyah (1308) syarah kepada kitab Ajurrummiyah.

Sumbangan:
Meskipun menetap di Makkah, Syeikh Nawawi tetap memantau perkembangan politik di tanah air melalui murid-muridnya. Beliau tetap meyumbangkan idea dan pemikirannya bagi kemajuan umat Islam di Indonesia. Di Makkah, Syeikh Nawawi aktif menubuhkan suatu perkumpulan bernama koloni Jawa, sebuah forum yang menghimpunkan masyarakat Indonesia yang berada di Makkah. Syeikh Nawawi memiliki beberapa pandangan dan pendirian yang khas. Di antaranya, dalam menghadapi pemerintahan colonial, beliau tidak agresif atau reaksioner. Namun demikian beliau sangat anti bekerja sama dengan pihak colonial dalam bentuk apa pun. Beliau lebih suka mengarahkan perhatiannya pada pendidikan, membekali murid-muridnya dengan jiwa-jiwa keagamaan dan semangat untuk menegakkan kebenaran. Adapun terhadap orang kafir yang tidak menjajah, ia membolehkan umat Islam berhubung dengan mereka untuk tujuan kebaikan dunia. Beliau memandang bahawa semua manusia adalah saudara, sekalipun dengan kafir. Beliau juga menganggap bahawa pembaharuan dalam pemahaman agama dilakukan untuk terus menggali hakikat kebenaran. Dalam menghadapi tentangan zaman, ia memandang umat Islam perlu menguasai pelbagai bidang keterampilan atau keahlian.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, al-Nawawi merupakan imam yang terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Beliau meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Beliau mahir dalam pelbagai ilmu seperti ilmu tafsir, tauhid, fikah, dan akhlak. Kepakarannya itu dapat dilihat daripada banyak karyanya. Menurut sumber, Syeikh Nawawi mengarang kira-kira 115 buku daripada pelbagai bidang ilmu. Al-Nawawi sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn’ Atar adalah salah seorang, muridnya yang telah membilang karya-karya secara menyeluruh. Beberapa gelaran kehormatan dari Arab Saudi, Mesir dan Suriah yang diberikan kepada beliau, seperti Sayid Ulama al-Hedzjaz, Mufti dan Fakih. Dalam kehidupan sehari-hari beliau tampil dengan sangat sederhana. Sejak kecil Syeikh Nawawi telah mendapat pendidikan agama dari orang tuanya. Mata pelajaran yang diterimanya antara lain bahasa Arab, fikih dan ilmu tafsir.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com