Tajuk: Kelahiran Dan Sumbangan Imam Syafii

ABSTRAK
Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas. Manakala ibunya ialah Fatimah binti Abdullah bin Hussin bin Ali bin Abu Talib. Beliau berasal dari keturunan Quraisy dan ada kaitan dengan keturunan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Bapanya meninggal semasa beliau masih dalam kandungan. Beliau dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan Imam as- Syafi’i dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang dengan cahayanya. Imam Syafie mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair. Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah. Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam. Secara kesimpulannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafi’i mencari ilmu sehingga ilmu figh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulamak.

PENDAHULUAN
Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas. Manakala ibunya ialah Fatimah binti Abdullah bin Hussin bin Ali bin Abu Talib. Beliau berasal dari keturunan Quraisy dan ada kaitan dengan keturunan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.. Bapanya meninggal semasa beliau masih dalam kandungan. Beliau dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang denagn cahayanya. Beliau digelar as-Syafi’i sempena nama datuknya Syafi’i bin al-Saib. Imam Syafi’i telah difitnah bahawa beliau menjadi pemimpin gerakan Syiah dan menentang kerajaan Abbasiah di Baghdad (Apendi, 2007:138).
Dalam diri syafi’i terkumpul pemikiran ulama Makkah, Madinah, Iraq dan Mesir. Imam Syafi’i banyak mempunyai banyak guru yang hampir semuanya ahli ulama terkenal. Karya Imam Syafi’i dalam bidang fikah dan usul figh ialah kitab al-Umm dan al-Risalah. Kitab yang terakhir ini merupakan buku pertama dalam bidang usul figh. Menurut ahli sejarah, kitab ini ditulis oleh Syafi’i ketika beliau di Baghdad atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi, ulama hadis yang pada masa itu berada di Makkah. Imam Syafi’i memberi judul kepada bukunya al-Risalah yang bermaksud “sepucuk surat”, kerana buku itu merupakan surat Syafi’i kepada Abdurrahman. (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:112)
Imam Syafi’i mempunyai banyak murid yang telah mempelajari ilmu darinya. Antara muridimam Syafi’i yang terkenal ialah Al-Rabi bin Sulaiman al-Marawi, Abdullah bin Zubair al-Hamidi, Yusuf bin Yahya al-Buwaiti Abu Ibrahim, Isma’il bin Yahya al-Muzani, Yunus bin Abdul A’la al-sadafi dan banyak lagi. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis 24 Rejab selepas Isyak tahun 204H/820 ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Khandak. (Maimon Husin, 2007:138)

TAKRIF
Kelahiran
Imam as- Syafi’i dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150H/767M di Ghazzah, Palestin dan hidup semasa zaman kerajaan Abbasiah yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Ibunya pernah bermimpi ketika mengandungkannya, dia terpandang bintang keluar dari perutnya dan melambung naik ke udara dan pecahannya jatuh ke sebuah negeri dan akhirnya negeri itu terang-benderang denagn cahayanya. Beliau digelar as-Syafi’i sempena nama datuknya Syafi’i bin al-Saib. Bapa Imam Syafi’i meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan dan beliau dilahirkan setelah dua tahun berada dalam kandungan ibunya. Ibunya bernama Fatimah al-Azdiah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. (Apendi, 2007:138).

Pembelajaran
Imam Syafi’i mampu menghafaz al-Quran 30 juzuk ketika usianya 9 tahun. Beliau sangat minat dalam bidang ilmu bahasa dan sastera sehingga beliau mahir menyusun dan mengarang syair. Beliau telah mempelajari ilmu fiqh dengan Imam Muslim al-Zanji, seorang guru besar dan mufti Makkah ketika itu sehingga gurunya mengakui kebolehannya dan boleh mengajar orang lain serta mampu memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. (Mohammad zaini, 2007:139)
Beliau telah mempelajari ilmu hadis dengan Imam Sufian bin Ainah, seorang ulama hadis terkenal di Makkah. Beliau mempelajari ilmu al-Quran dengan Imam Ismail Kustantin dan beberapa guru lain dari pelbagai ilmu pengetahuan. Beliau mendalami bidang bahasa Arab selama 20 tahun. (Mohammad zaini, 2007:140)
Bidang ilmu lain yang menunjukkan Imam Syafi’i seorang yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu fiqh, tafsir, hadis dan ilmu tajwid. Imam Syafi’i sangat mengutamakan ilmu pengetahuan dan disiplin masa 1/3 malam untuk berehat, 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan, 1/3 malam untuk beribadat. Bukti kegigihan imam Syafi’i menuntut ilmu pengetahuan ialah mengutip kertas-kertas terbuang untuk mencatat ilmu yang dipelajari, kertas catatan yang banyak menyebabkan biliknya menjadi sempit, bersungguh-sungguh menghafaz semua catatan tersebut agar biliknya kemas dan selesa. (Zulhazmi0mar, 2007:139)
Beliau juga mampu menghafaz hanya selama 9 hari isi kitab al-Muwatta karangan Imam Malik ketika berusia 10 tahun. Beliau sanggup merantau jauh dari Palestin ke Madinah ketika berusia 20 tahun kerana ingin belajar dengan Imam Malik yang termahsyur ketika itu. Sepanjang perjalanan beliau membaca al-Quran sehingga khatam 16 kali. Beliau juga dapat menghafaz al-Quran, al-Hadis, dan buku-buku yang sukar dibelinya. Beliau menjelajah benyak tempat untuk menuntut ilmu dari pelbagai tempat seperti Makkah, Madinah, Iraq, Farsi, Palestin, Yaman, Baghdad, Kufah, Basrah dan Mesir. (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:112)
Imam Syafi’i adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada ilmu pada Al-Quran, Hadis, Ijmak, Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah. Beliau mengeluarkan pendapatnnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas sekiranya sesuatu masalah itu. Beliau mengeluarkan pendapatnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas sekirannya sesuatu masalah itu tidak terdapat dalam sumber-sumber tersebut. (Mohammad zaini, 2007:141)
Pendapat Imam Syafi’i mudah diterima oleh sebahagian besar umat Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat, dan adat resam sesuatu kaum. Imam Syafi’i melarang para sahabat dan murid-muridnnya bertaklid semata-semata, iaitu menurut saja pendapat yang dikeluarkan para ulama mengenai hukum. Beliau menyarankan mereka agar berusaha untuk mendapatkan hujah daripada al-quran dan al-hadis. (Mohammad zaini, 2007:142)

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
Melalui pengalaman dan perjalanan yang jauh, beliau dapat mempelajari pelbagai aliran fahaman termasuklah mazhab Muktazilah. Beliau dapat merumuskan suatu rumusan tentang hukum yang lebih matang dan dapat diterima oleh ramai masyarakat Islam. Aliran fiqh Imam Syafi’i dapat berkembang dengan cepat dan mudah diterima kerana beliau berjaya menggabungkan aliran naqli dan aliran aqli. Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini.. (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:113)

3
Beliau juga dianggap sebagai pelopor bagi ilmu usul fiqh serta pengasas kepada Mazhab Syafi’i. Beberapa pemikiran beliau telah menjadi pegangan dalam Mazhab Syafi’i. Imam Syafi’i melarang sahabat dan muridnya bertaklid, iaitu mengikut sahaja pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa dari ulama mengenai hukum. (Zulhazmi 0mar, 2007:139)
Beliau meminta supaya berusaha mendapatkan dalil dari al-Quran atau Hadis. Beliau juga melarang sahabat dan muridnya melakukan bida’ah, iaitu mengada-adakan perkara baru dalam ibadat atau agama kerana boleh menyesatkan. Beliau juga meletakkan asas kaedah fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul fiqh.. (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:114)
Pada tahun 198 Hijrah terdapat fahaman dari aliran Syiah, Muktazilah dan Khawarij serta fahaman Zindik yang kafir di Baghdad. Khalifah meminta beliau menyelesaikan dan Imam Syafi’i telah berangkat ke sana serta dapat menyelesaikannya. Di Baghdad juga terdapat dua fahaman mengenai fiqh, iaitu aliran Ahli as-Sunah, aliran al-Ra’yu, iaitu berpegang kepada rasional atau akal. Imam Syafi’i berpegang kepada aliran Ahli as-Sunah tetap mempertahankannya dengan memberi hujah sehingga beliau digelar dengan Nasru as-Sunah maksudnya pembela sunah. Imam Syafi’i menempatkan hadis di kedudukan yang tinggi, bahkan sama kedudukannya dengan al-quran sebagai sumber hukum Islam. Menurut beliau, hadis berkaitan rapat dengan al-quran. Oleh sebab berkaitan dengan al-quran. Oleh sebab itu, beliau diberi rujukan pembela sunnah (nasir al-sunnah). (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:113)
Selain al-quran dan sunnah, beliau juga berpegang kepada iaitu hasil kesepakatan para sahabat tentang hukum sesuatu masalah. Kias (penetapan hukum terhadap sesuatu yang belum ada nasnya berdasarkan yang sudah ada kepastian hukumnya kerana kesamaan ilat) merupakan salah satu dasar untuk kepastian hukum Islam. Jika hukum sesuatu persoalan tidak jelas, harus dilakukan ijtihad melalui kias. Mazhab Syafi’i berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, IndoChina, Sri Lanka, dan Malaysia. Mazhab Syafi’i lebih terkenal daripada mazhab lain kerana ia lebih intelektual dan dinamik. ). (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:113)
Kelebihan Imam Syafi’i dalam mengingati sesuatu ilmu dan kebijaksanaannya dalam berdebat menjadikan mazhab ini lebih dikenal di seluruh dunia. Selain itu, kitab al-umm merupakan kitab fikah yang paling unggul kerana mengemukakan pendapat aliran Mazhab
Syafi’i yang jelas dan lengkap dengan dalil-dalilnya. Al-umm adalah sebuah kitab ilmu fikah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci. Kitab ini begitu terkenal kerana susunan gaya bahasanya yang tepat, jelas dan mudah difahami dalam membahaskan sesuatu perkara. Sehingga kini kitab Al-umm terus menjadi rujukan utama bagi umat Islam.. (Drs. Afifi Fauzi Abbas, 1994:112)

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya kita dapat melihat keunggulan imam Syafi’i mencari ilmu sehingga ilmu figh nya telah menjadi panduan sehingga sekarang. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan dengan beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru yang kebanyakannya terdiri daripada para ulamak. Hal ini menyebabkan beliau dapat melatih diri beliau menjadi seorang yang berpandangan luas dan dapat menhuraikan sesuatu perkara dengan mendalam. Beliau juga amat terkenal dengan kelebihan yang dimilikinya yang tidak terdapat pada ulamak lain seperti cekap berucap dan menulis. Beliau juga mempunyai banyak murid. Hal ini menyebabkan ilmu yang diajar kepada anak muridnya dapat disebar kepada orang lain dengan cepat. Beliau juga amat dikenali sebagai penyusun pertama ilmu figh sebagai satu displin ilmu. Al-Risalah ialah buku pertama yang memuatkan masalah ilmu figh secara sistematik. Kita dapat juga mencontohi Imam Syafi’i yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam bidang ilmu hadis, beliau merupakan tokoh yang disegani dan dinamai nasir al-sunnah (pembela sunnah). Imam Syafi’i meletakkan kriteria penerimaan hadis untuk menghindarkan kemasukan hadis palsu. Dalam bidang fikah pula, beliau merupakan orang pertama yang membukukan pendapat fikahnya dengan sistem perbahasan yang baik. Dalam bidang ilmu figh, beliau merupakan pengasas ilmu figh. Beliau orang pertama yang menyusun buku usul figh sebagai asas bagi setiap mujtahid untuk berijtihad. Oleh itu, saya berharap ulasan saya tentang serba sedikit mengenai Imam Syafi’i dapat memberikan pengetahuan kepada mereka yang berkeinginan mempunyai pemahaman tentang figh Islam, gambaran tentang Imam Syafi’I serta fighnya. Saya juga berharap kesungguhan Imam Syafi’i dalam menuntut ilmu dapat menjadi panduan pada zaman sekarang untuk menjadi seorang manusia atau pelajar yang cemerlang dalam hidup.



************************
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com